Inflasi: 10 Sebab Malaysia Tak Akan Jadi Seperti Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Utusan Malaysia melaporkan bahawa Penganalisis ekonomi berpendapat, kadar inflasi Malaysia masih lagi terkawal walaupun telah meningkat 2.2 peratus kepada 125.6 pada Mac lalu. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar inflasi Malaysia masih terkawal kerana dasar kerajaan yang berkaitan dengan subsidi serta kawalan harga bagi barangan tertentu telah banyak membantu.

Justeru Niaga Kini ingin mengingat anda semua supaya menyemak fakta sebelum buat spekulasi.

Jangan panik tentang keadaan ekonomi kita, kerana keadaan inflasi kita masih terkawal.

2. Harga makanan dan minyak naik mendadak dan kadar inflasi Sri Lanka sekarang pada 30%. (Malaysia pada 2.2%) Harga sekilo beras di Sri Lanka – RM2.62, Malaysia – RM1.79

3. Ru.suhan berlaku di Sri Lanka kerana ketidakpuasan rakyat terhadap kegagalan pentadbiran kerajaan keluarga Rajapaksa dalam menguruskan wang negara.

4.Situasi di Sri Lanka genting kerana rizab negara telah susut ke $50 juta dan ia memerlukan sebanyak $75 juta mata wang asing dalam minggu ini untuk membeli import asas seperti minyak.

5. Antara faktor penting yang menyebabkan kemerosotan ekonomi Sri Lanka adalah pelarangan penggunaan baja kimia pertanian oleh Presiden Gotabaya Rajapaksa.

6.Dasar drastik ini menyebabkan hasil tanaman berkurang dan Sri Lanka berdepan dengan kemelut kekurangan makanan. Dua bulan lalu, Sri Lanka terpaksa mengimport 400 ribu metrik ton beras dari India.

7.Namun begitu, salah urus ekonomi Sri Lanka bermula setelah perang saudara berakhir pada 2009.

8.Sri Lanka bertumpu kepada penghasilan barangan dalam negeri sahaja. Maksudnya, hasil export negaranya berkurang manakala hasil import semakin naik.

9.Sri Lanka membina infrastruktur yang besar (pelabuhan, lapangan terbang, rangkaian jalan raya) melalui pinjaman dari China.

10.Setelah memenangi pilihan raya umum pada Nov 2019, Presiden Rajapaksa mengumumkan potongan cukai dari 15% ke 8% dan memansuhkan tujuh cukai lain. Langkah ini meyebabkan rizab asing Sri Lanka menurun dari $8.9 juta ke $2.4 juta pada January ini.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  Christine Cheah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here