Hanya Tahu Amanah Saham Bumiputera Je, Apa Beza Antara ASB, ASM & ASN?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Ramai yang keliru setiap kali ada pengumuman berkaitan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan menyangkakan pengumuman itu berkaitan pelaburan mereka

Kebanyakan golongan Bumiputera melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) namun hakikatnya terdapat banyak lagi produk pelaburan di bawah ASNB ini.

[Baca Juga ASN Imbang 1, Apa Beza Jumlah Pulangan Dan Hasil Dividen?]

Niaga Kini nak tunjukkan beza produk di antara ASB, Amanah Saham Malaysia (ASM) dan juga Amanah Saham Nasional sebelum anda memilih instrumen pelaburan terbaik.

1. Apa itu ASB

Dilancarkan pada tahun 1990  dengan objektif membantu golongan Bumiputera melabur dan menyimpan secara alternatif.

Pelaburan ASB dijamin oleh kerajaan iaitu pulangan setiap tahun berterusan dengan harga seunit adalah RM1.00 manakala kos jualan atau yuran penebusan unit ASB ini tidak akan dikenakan caj seperti saham lain.

Jumlah pelaburan ASB:

Terhad kepada RM200,000 saja. Ini tidak dikira keuntungan dividen diperolehi. Sebagai contoh, bila dapat keuntungan 10% iaitu RM20,000 daripada pelaburan RM200,000, ia tidak dikira melebihi had pelaburan.

Beza simpanan ASB dan Pinjaman ASB  (pembiayaan ASB)

Simpanan ASB:

Simpanan peribadi yang menerima agihan dalam bentuk dividen pada penghujung tahun kewangan semasa. Jumlahnya bergantung kepada simpanan.

Pinjaman ASB

Anda meminjam daripada bank untuk melabur dalam ASB dan dapat dividen tahunan berdasarkan pinjaman yang dibuat.

2. Apa itu ASM?

Pelaburan yang sesuai untuk pelabur yang sedar mengenai risiko dan ganjaran pelaburan.

ASM melabur dalam dalam pelbagai portfolio aset dan ekuiti serta instrument lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta bergantung pada keadaan ekonomi semasa, pasaran saham dan pergerakan kadar faedah.

Dana ASM juga menekankan pelaburan dalam portfolio ekuiti campuran melalui peruntukan sektoral.

Strategi pelaburan adalah untuk memelihara nilai modal dan menghasilkan pulangan yang kompetitif dalam jangka masa panjang.

Nilai seunit ASM adalah sebanyak RM1.00 dan boleh didapati di kaunter-kaunter yang sama menawarkan perkhidmatan pelaburan di bawah ASNB. Tiada had pelaburan dikenakan, bergantung kepada unit yang masih ada.

ASM terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Penjualan unit bagi ASM adalah terhad manakala penjualan unit ASB adalah tidak terhad.

3. Apa itu ASN?

Dana Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan pada 20 April 1981, adalah dana pertama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ia hanya dibuka untuk Bumiputera Malaysia sahaja.

Objektif dana adalah untuk menghasilkan tahap pengagihan pendapatan dan peningkatan modal yang wajar kepada Pemegang Saham melalui portfolio pelaburan yang pelbagai.

Pada awalnya, ASN dilancarkan dengan harga seunit RM1.00 tetapi ianya telah ditukar mengikut harga pasaran pada tahun 1991.

Ukuran dana yang diperuntukkan adalah sebanyak 2.5 bilion unit.

Dah tahu apa bezanya. Jadi, kini anda boleh memilih produk pelaburan yang sesuai dengan anda.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: iproperty.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here