Ini Bukan Masa Tepat Untuk ‘Susahkan’ Usahawan – Noh Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Usahawan yang gagal bayar pinjaman boleh menarik nafas lega apabila Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengumumkan tiada tindakan diambil buat masa ini ke atas mereka.

Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada semua agensi yang terbabit berkaitan perkara itu.

“Ini bukan masanya untuk mengambil tindakan kepada usahawan yang gagal bayar pinjaman. Saya sebut perkara ini di Dewan Rakyat petang tadi. Saya faham masalah sahabat-sahabat semua,” katanya menerusi ciapan Twitternya.

[Baca Juga JKM: 5 Bantuan Yang Boleh Anda Mohon Sebelum 2022]

Beliau berkata, MEDAC dan agensi dibawahnya akan memastikan usahawan yang berdepan masalah dapat meneruskan perniagaan.

“Kita sedang dalam fasa pembangunan ekonomi dan mahu membantu usahawan ini. Bagaimanapun, selepas enam bulan nanti, baru tindakan boleh diambil kerana memahami masalah yang dihadapi rakyat,” katanya pada sesi penggulungan Bajet 2022 Peringkat Jawatankuasa, Dewan Rakyat,

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Noh Omar@mynohomar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here