Jangan Risau, Duit Pengeluaran Khas KWSP Masuk Sebelum Aidilfitri – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tak sampai dua minggu umat Islam di Malaysia bakal menyambut hari raya Aidilfitri, justeru ramai di kalangan rakyat yang tertanya-tanya ‘bilakah duit bayaran pengeluaran khas KWSP bakal dikreditkan?’

Manakan tidak, setelah hampir 2 tahun ber’PKP’, ramai yang teruja untuk membuat persiapan raya.

Justeru, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,

“Jangan risau kalau permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat.

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah memberi komitmen, mereka akan berusaha menyelesaikan semua permohonan sebelum Aidilfitri,”

Beliau memberikan penjelasan itu selepas menerima banyak pertanyaan mengapa pengeluaran khas KWSP belum dimasukkan ke dalam akaun penerima.

Beliau menjelaskan, bukan semua permohonan pengeluaran khas KWSP dimasukkan ke akaun semua pemohon semalam, 18 April.

Sebaliknya, katanya, wang berkenaan akan dikreditkan secara berperingkat.

Tengku Zafrul berkata, KWSP sudah terima 5.3 juta permohonan dengan jumlah pengeluaran RM40.1 bilion.

“Ini satu jumlah yang sangat besar. Sukar untuk KWSP menyalurkan jumlah sebesar itu dalam masa yang singkat.

“Sejak saya umumkan pengeluaran khas KWSP yang akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April, ramai tanya, YB dah 18 April ni, kenapa tak masuk duit dalam akaun saya lagi?

“Sejak awal lagi, KWSP sudah maklumkan penyaluran dibuat secara berperingkat.

“Sekarang pun sudah ada yang terima makluman KWSP mengenai status permohonan mereka,” jelasnya menerusi video kira-kira seminit 30 saat di FB, hari ini.

Beliau berkata, pemohon akan menerima wang mereka pada tarikh yang berlainan, dan bukan semuanya pada 18 April.

“Ada yang dapat 20 hari bulan, ada yang 21 hari bulan dan sebagainya.

“Saya harap Keluarga Malaysia yang terbabit dapat bersabar menunggu pengeluaran khas KWSP,” katanya.

Beliau juga berdoa semoga baki bulan Ramadan yang mulia ketika ini dapat dimanfaatkan dengan ibadah dan Aidilfitri kelak dapat disambut dengan lebih ceria.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here