Kaya Pun Kejar Biasiswa? Ramai Kritik Sikap Elit Didakwa ‘Rampas Hak Marhaen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Simbol Pintar, Elit: Ramai Persoal Orang Kaya Pun Nak Tajaan MARA

Sejak dulu lagi memang terasa megah bila dapat tajaan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menyambung pengajian dalam dan luar negara.

Ini kerana MARA hanya menaja mereka yang mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik.

Penubuhan MARA pada tahun 1966 bermatlamat memberi keutamaan kepada sektor pendidikan untuk membangunkan Bumiputera, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Namun, ada yang mendakwa ada segelintir orang kaya yang mahu juga mendapatkan tajaan MARA bila nak sambung pengajian terutama ke luar negara.

[Baca Juga Mohon Geran Mikro Graduan Dan Belia, Bantuan Niaga Hingga RM100,000]

Penyelidik Institut Sains, UiTM, Zamir Mohyedin, berpendapat MARA dan segala bentuk biasiswa sepatutnya membawa golongan yang tidak berkemampuan setaraf dengan orang kaya kerana golongan miskin tidak mempunyai pelbagai keistimewaan (privilege), peluang dan akses yang orang kaya ada.

“Tetapi kenapa orang kaya nak juga? Saya berpendapat kerana persepsi tajaan dan biasiswa ini adalah simbol kepintaran dan elit akademik.

“Syarikat-syarikat & industri melihat penerimanya sebagai golongan istimewa yang orang kaya pun mahu dapatkan juga,” tulisnya di Twitter.

Katanya lagi, ia mungkin disebabkan masalah kewangan tetapi itu bukan satu-satunya alasan.

“Apabila mahu tunjuk pencapaian, mana-mana kasta pun tidak akan tunjuk bahawa keluarganya kaya. Kita mesti nak tunjuk kita penerima biasiswa Petronas, Khazanah, Rhodes, JPA, Sime Darby, Shell, dsb.

“Sekolah pun tak kira miskin atau kaya, MRSM dan SBP mesti terbaik. Simbol dan reputasi,” katanya.

Orang kaya tipikalnya tiada masalah kewangan untuk tanggung pembelajaran ke luar negara.  Zamir percaya wang bukan isu kenapa orang kaya mahu tajaan atau biasiswa tetapi kerana pengaruh dan jenama biasiswa sangat berharga.

“Penerimanya ada peluang sangat tinggi dalam dunia pekerjaan. Orang kaya dan miskin yang sama-sama dapat ke Oxford mungkin boleh bersaing sama taraf. Kalau orang kaya ke Oxford tanpa tajaan, mungkin tak dapat bersaing dengan orang miskin yang ke Oxford dengan tajaan dari Rhodes. Dalam CV letak penerima Rhodes pun orang dah kagum,” katanya.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Twitter Zamir Mohyedin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here