Kenaikan Harga: PM Mahu Pemantauan, Operasi Lebih Agresif!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini menggesa pihak penguatkuasa lebih agresif dalam memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikan harga jualan.

Menerusi ciapan beliau juga mahu pihak penguatkuasa melakukan pemantauan dan operasi bagi mengawal kenaikan harga yang mengundang kemarahan pengguna.

Rakyat yang terkesan menyambut baik keprihatinan PM bagi memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang.

[Baca Juga Senarai Harga Baharu Roti Gardenia Mulai 1 Disember 2021]

Pengguna juga meminta mekanisma untuk harga barang keperluan ditetapkan dan terkawal.

Orang ramai juga meminta wujudkan had kawasan edaran produk supaya local produk mampu berdikari dan berdaya saing dalam tempoh panjang.

“Bila produk tanah tinggi ganggu pasaran setempat maka industri setempat lama lama mati. Tiada local investment in agriculture,” katanya.

Rakyat juga berharap, ia bukan sekadar arahan saja tanpa tindakan susulan yang mana akhirnya rakyat juga yang berdepan tekanan akibat kenaikan harga barang.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: @IsmailSabri60

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here