Ketagihan ‘Kemewahan’ Undang Risiko Buat Diri Sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Perkongsian ini dikongsikan oleh seorang warga Twitter yang dikenali sebagai @NaufalAntezem yang mengatakan kemewahan itu merupakan satu ketagihan buat diri kita selain gula dan dadah.

Sebagai contoh situasi yang dikongsi olehnya, jika sekali kita telah berjaya membeli Starbucks, pastinya kita akan nak beli lagi dan lagi di kemudian hari. Dan pada masa itu, kita pun akan rasa paling minimum air kita adalah air daripada Starbucks.

Starbucks needs more than racial bias training after men's arrest, experts  say | Starbucks | The Guardian

Mulalah timbul riak disitu, di mana kita tidak lagi akan memandang kopi warung sedangkan diri kita sendiri tahu yang kita tak berduit mana pun.

Sifat dan perlakuan ini takkan berhenti disini, seterusnya kita akan mula perasan kawan kita ada ‘phone flagship’ atau mungkin beli ‘perfume’, beg, kasut yang berjenama sedangkan kita sedar bahawa kerja dan gaji kawan kita lebih besar daripada kita.

Tapi kita tak nampak itu semua sebab kita fikir jika kawan kita boleh, kita pun mestlah boleh juga.

Dan bermulalah kita terpengaruh dengan idea, “semua sepatutnya minum Starbucks, at least perfume Versace atau Gucci, handphone busuk-busuk pun Samsung Galaxy S series and wajib travel luar Malaysia tak kiralah Golok sekali pun” Tanpa sedar, kita mula tersilap letak bare minimum utk diri kita.

Kesannya, kedai makan tak cukup pekerja, kedai runcit, hardware, kedai-kedai hampir semualah akan struggle perlukan tenaga kerja. Bisnes baru nak bangun balik ni tapi pekerja fikir bisnes tu dah lama so mesti boleh bagi gaji banyak tanpa fikir musibah PKP haritu.

Ada juga majikan fikir dia majikan so dia layak bolot. Untung banyak dah tapi tetap kedekut. Itu masalah juga. Bab gaji ni, majikan dan pekerja serta bakal pekerja kena sit down dan bincang jangka masa panjang dan pendek. Explain kenapa mampu bagi itu dan ini setakat itu dulu.

Kita semua kena consider semula keperluan kita. Aku pernah makan gaji dan now aku bagi orang gaji. Tapi point aku adalah, pengaruh sekeliling tentang ‘kau sepatutnya layak itu dan ini’ tapi lupa yg kerja, gaji, kedudukan kewangan keluarga, komitmen adalah berbeza-beza.

Fikirlah balik. Berbaloi ke terpengaruh dgn cakap-cakap “Starbucks tu sepatutnya minuman biasa” “Body mist BBW, VS tu wajib kot” “Baju kau Brands Outlet je ?” “Lahh bercuti Langkawi je paling jauh ?” Org yg mengadu ni semua jenis sentiasa rasa tak cukup sbb dah ketagihan

Kita ingat satu benda je “Kemewahan bukan untuk difahami (masuk akal) tetapi untuk dialami, rasa sendiri. It’s an experience, never logical” Sekali kita dah terperangkap dalam perangkap kemewahan, susah nak keluar. Lagi parah bila kau mula fikir “semua orang perlu kemewahan”.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like, Follow Facebook, Instagram & Tiktok Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kewangan, bantuan & keusahawanan.

Sumber: @NaufalAntezem

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here