Khas Untuk Peniaga Wanita: Cara Mohon Bantuan RM 1000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Wanita yang ingin memulakan perniagaan tetapi tiada modal layak memohon Bantuan RM1000 di bawah program Bantuan MyKasih Kapital.

Program ini adalah insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan dilancarkan sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 yang lalu.

Bagi tujuan itu, sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah terutamanya pada musim endemik ini.

Bantuan asas modal, program bimbingan:

Selain bantuan asas memulakan perniagaan, penerima juga akan diberikan bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian. Program ini dijangka memanfaatkan 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal.

Ia dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

[Baca Juga Anda Di Kumpulan Pendapatan Mana? Senarai Terkini B40, M40, T20 Ikut Negeri]

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  • Golongan wanita sahaja
  • Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama dalam keluarga
  • Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian utama
  • Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  • Berminat & bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

Cara Memohon:

Pemohon perlulah mengemukakan permohonan melalui Yayasan Kebajikan Negara, KPWKM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia

Aras 8, Bangunan KPWKM,

No.55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

61200 Putrajaya

Nombor telefon : 03 – 8323 2433

Laman web : https://yknm.org.my/

Objektif:

Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.

Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.

Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Motif.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here