Krisis Inflasi: 5 Cara Simpan Duit Untuk ‘Survive’ Di Masa Depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Niaga Kini petik laporan dari Bank Negara Malaysia yang menjelaskan mengenai inflasi yang didefinasikan sebagai ‘peningkatan harga yang berterusan secara umum’.

Realitinya, kuasa membeli akan merosot disebabkan inflasi. Dengan harga yang semakin meningkat, adalah mustahil untuk mempunyai kuasa pembelian barangan dan perkhidmatan yang sama seperti sebelumnya.


Contoh: Roti canai yang dijual pada harga RM0.70
sekeping pada 5 tahun lepas kini dijual pada
harga RM1.20 sekeping di kebanyakan kedai
makan.


Kejatuhan nilai mata wang negara turut mengundang kenaikan inflasi. Barangan import akan bertambah mahal. Para pengeluar akan mengambil kesempatan memindahkan kos komponen yang diimport, termasuk kos bahan mentah, kepada negara pengguna.

Wang Disimpan Di Dalam Bank

Simpanan di bank memberikan akan pulangan sekitar 1-2% setahun. Ini sangatlah merugikan kerana semakin banyak anda menyimpan di bank, semakin banyak duit anda yang akan dimamah inflasi. Hal ini dibuktikan melalui ilustrasi berikut:

Katakan anda menyimpan RM100,000 dalam akaun simpanan bank yang memberikan pulangan 2% setahun. Selepas 30 tahun, wang anda akan menjadi RM74,625.70 sahaja. Ini membuktikan bahawa duit anda telah dimakan oleh inflasi dengan begitu banyak.

Sebaliknya, jika wang yang disimpan itu dilaburkan, ianya dapat berkembang dari semasa ke semasa. Dalam merancang pengurusan kewangan kita, salah satu elemen yang penting yang perlu dilihat adalah kadar pulangan pelaburan tersebut dapat mengatasi kadar inflasi.


CARA SURVIVE BILA BERLAKUNYA INFLASI


Apa yang rakyat Malaysia mampu lakukan ialah dengan bertindak bijak dalam
menguruskan wang mereka untuk menangani inflasi dan kos sara hidup yang
tinggi.


“Ambil kesempatan atas kemudahan kewangan yang sedia ada untuk
mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan. Malah, keputusan untuk
mendapatkan kad kredit yang sesuai dapat membantu anda dengan
memberikan penjimatan yang besar,” kata Lee Ching Wei, pengasas bersama
dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iMoney.my.


“Anda melakukan langkah yang bijak sekiranya meletakkan simpanan di dalam
instrumen pelaburan yang memberikan anda pulangan atas kadar inflasi.
Simpanan di dalam akaun simpanan dengan faedah sebanyak 1% pada kadar
semasa inflasi bermaksud simpanan anda akan kehilangan kuasa membelinya
dari semasa ke semasa.

Salah satu cara biasa untuk menangani inflasi ialah dengan menyimpan simpanan anda dalam pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi semasa secara berkala.

Contohnya, sesetengah pelaburan deposit tetap dapat memberikan anda
pulangan dari 3% hingga 4% setahun,”

MELABUR

Bagaimana cara terbaik melindungi nilai wang daripada mengecil? Salah satu cara ialah dengan melaburkan wang berkenaan dalam produk pelaburan yang memberi pulangan.

Pelaburan boleh dilakukan dalam pelbagai cara antaranya, melabur dalam ASB, unit amanah, pasaran saham, membeli rumah atau melabur untuk diri sendiri

Melabur untuk diri sendiri bermakna belajar dan menambah ilmu dan kemahiran seperti melanjutkan pengajian ke universiti atau mengikuti kursus kemahiran seperti memasak, teknologi maklumat atau mempelajari bahasa kedua dan ketiga.

ASET

Inflasi turut menjejaskan perancangan persaraan seseorang. Dengan kadar inflasi meningkat, simpanan persaraan akan berkurangan akibat kemerosotan nilai wang. Dalam erti kata lain, jumlah kewangan diperlukan untuk membiayai kualiti hidup sama selepas persaraan akan turut meningkat.

Justeru, adalah penting untuk mula menyimpan seawal yang mungkin dan jika diizinkan, simpan wang lebih banyak daripada diperlukan sebagai persediaan menghadapi inflasi sebelum persaraan.

Bon menawarkan pendapatan tetap akan menjadi kurang menarik apabila inflasi meningkat lebih cepat daripada pulangan ke atas aset ini. Maka, dalam keadaan inflasi terus meningkat, adalah wajar untuk seseorang mengambil langkah untuk melindungi diri daripada inflasi.

Antara cara melindungi diri daripada kesan negatif kenaikan inflasi adalah dengan memegang aset yang dianggap pelindung nilai. Aset ini biasanya bergerak bertentangan dengan pasaran atau tidak tertakluk kepada turun naik pasaran mendadak.

Ia berpotensi membantu meminimumkan kerugian jika pasaran mengalami perubahan besar dan tidak menentu seperti kenaikan kadar inflasi. Contoh aset pelindung nilai adalah emas dan logam berharga lain.

HARTANAH

Aset seperti hartanah atau amanah pelaburan hartanah juga dianggap antara cara melindung nilai portfolio pelaburan terhadap inflasi memandangkan ia biasanya mempunyai sedikit korelasi dengan saham dan bon.

Nilai hartanah dan sewa dikenakan akan meningkat apabila inflasi meningkat. Kenaikan pendapatan seiring dengan kenaikan inflasi membantu mengimbangi risiko inflasi.

Justeru, perlu diingatkan tidak ada satu cara sama untuk semua orang melindungi diri daripada kesan kenaikan kadar inflasi. Ia terpulang kepada pengalaman dan tindakan seseorang terhadap kenaikan inflasi sangat bergantung kepada ilmu serta pengalaman mereka.

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: BNM, Berita Harian, Sinar Harian, Majalah Labur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here