Krisis Makanan Dunia? Rakyat Malaysia Dah Boleh ‘Start’ 8 Persediaan Ni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Beberapa hari ini banyak petikan berita yang mendakwa bahawa pakar-pakar dalam bidang pertanian memberikan amaran kepada kerajaan berhubung keselamatan makanan di negara ini yang berada pada paras membimbangkan.

Malah kerajaan melalui kementerian yang dipertanggungjawabkan tentang bidang pertanian di negara ini juga sering menyentuh tentang perkara tersebut.

Namun, timbul persoalan tentang usaha dan strategi untuk memastikan kita mampu mengeluarkan makanan ketika berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi.

Sebagai contoh, India melarang eksport gandum akibat fenomena gelombang haba memburukkan lagi krisis makanan semasa yang dihadapi seluruh dunia.

Malaysia tidak mengimport gandum dari India, sebaliknya 80 peratus bijirin itu diimport dari Australia selain Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

Namun, tindakan India itu sudah pasti mengakibatkan negara pengeluar gandum yang lain akan menaikkan harga bijirin tersebut.

Baru-baru ini, timbul dakwaan peruncit di negara ini sukar untuk mendapatkan bekalan tepung gandum daripada pemborong malah ada pemborong mengenakan harga yang tinggi.

Apabila berlaku isu berkaitan bekalan makanan, biasanya kita akan mendengar KPDNHEP membuat pemantauan bagi mengenal pasti punca kekurangan bekalan itu, termasuk kemungkinan disorokkan pemborong.

Antara Cadangan Kepada Pihak Majlis Keselamatan Negara:

Memetik Aliran.com Majlis Keselamatan Negara harus mengadakan konsultasi dengan pihak-pihak yang berkaitan untuk mengenal pasti mana antara lapan langkah yang digariskan di bawah harus dilaksanakan segera.

  1. Menambahkan bekalan pelbagai jenis ubi yang dapat ditanam di Malaysia termasuk ubi kentang, ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, labu dan lain. Ubi-ubi ini boleh ganti bijirin sebagai sumber bahan karbohidrat jika harga bijirin naik terlalu banyak. Penanaman ubi akan ambil masa beberapa bulan sahaja untuk berhasil dan akan merupakan alternatif yang baik pada bijirin yang berkurangan bekalannya.
  • Petani kecil dan pekebun getah kecil harus digalak menanam ubi-ubi di antara pokok getah (inter-cropping) dengan jaminan bahawa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan membeli keluaran ubi dengan harga yang munasabah – ditetapkan melalui kontrak formal
  • Syarikat perladangan dengan keluasan tanah lebih daripada 10,000 ekar harus diberi kuota ubi untuk dibekalkan oleh mereka setiap tempoh masa
  • Saluran media nasional harus diguna untuk popularkan resipi makanan yang berasaskan pada ubi supaya rakyat dididik mengenai bagaimana sumber yang ‘luar biasa’ ini dapat memenuhi keperluan kabohidrat keluarga mereka.
Pemuda manfaatkan tempoh kawalan pergerakan tanam ubi vitato | Astro Awani
Gambar Hiasan
  1. Satu kajian harus dilaksanakan dengan kadar segera untuk mengenal pasti semua pengeluar makanan yang mengusahakan tanah atau laut di Malaysia pada takat ini termasuk pesawah padi, pengeluar sayur dan buah, nelayan, pembela ikan dan penternak.
  2. Langkah-langkah tegas harus diambil untuk memastikan mereka semua dapat meneruskan kegiatan mereka dalam menghasilkan bahan makanan untuk rakyat kita tanpa sebarang gangguan. Pengusiran sesiapa pengeluar makanan harus dihentikan sama sekali sehingga krisis dalam bekalan makanan dapat diatasi. Aktiviti ‘pembangunan’ ekonomi yang ada kesan negatif terhadap pengeluaran makanan harus dikenal pasti dan dihentikan.
Anak muda perlu selamatkan Jelapang Padi
Gambar Hiasan
  1. Penanaman jagung harus ditingkatkan. Jagung merupakan sumber penting dalam makanan haiwan ternakan dan pada masa ini hampir semua jagung untuk tujuan ini diimport (90% dari Brazil dan Argentina). Jabatan pertanian harus buat kajian samada jagung dapat ditanam di antara pokok getah di kebun-kebun kecil getah. Jika ini boleh dilaksanakan ia juga akan merupakan satu punca pendapatan tambahan pada pekebun kecil.
BMT RM300 kepada penoreh getah dibayar bulan depan
Gambar Hiasan
  1. Pelan induk kebangsaan berkaitan kegunaan tanah negara harus diteliti dan diubahsuai. Pada takat ini, daripada jumlah 32,865,000ha keluasan tanah Malaysia:
  • 55% digazet sebagai tanah berhutan, walaupun sebahagian besar daripada jumlah ini (dua pertiga) telah pun dibalak. Kawasan hutan harus dikekalkan sebagai hutan dan bahagiannya yang telah dibalak harus dipulihkan sebagai hutan dengan penanaman pokok hutan
  • 23% daripada tanah Malaysia, ataupun 7.6 juta hektar sedang digunakan untuk pertanian. Daripada jumlah ini hanya 1.5 juta hektar sedang diguna untuk menghasilkan makanan untuk rakyat kita – termasuk 0.7 juta hektar untuk penanaman padi. Lima juta hektar dikhaskan untuk kelapa sawit dan 1.1 juta hektar untuk pengeluaran getah

Nisbah penggunaan tanah pertanian harus dikaji semula memandangkan bekalan makanan untuk rakyat kita diancam bukan sahaja kerana berlakunya krisis di Ukraine, tetapi juga oleh kerana perubahan iklim.

Syor kami adalah kawasan yang digazet sebagai hutan harus dikekalkan begitu. Tetapi sebahagian tanah yang dikhaskan untuk kelapa sawit dan getah harus ditukar guna tanahnya ke penanaman padi, jagung, kacang soya dan sumber makanan yang lain. Suatu akta harus digubal untuk mewajibkan syarikat perladangan mematuhi pelan induk berkaitan perkara ini

  1. Penanaman sayur-sayuran, ubi-ubi dan jagung harus digalak di halaman rumah di bandar dan di kawasan kampung
  2. Tanah kosong kerajaan dan juga tanah kosong yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) and swasta harus dipajak kepada petani dan pembela ikan supaya bekalan makanan dapat dijamin pada rakyat kita.
Tanah 'berhantu' kini jadi kebun sayur - Utusan Digital
Gambar Hiasan
  1. Memandangkan kos makanan ternakan dan baja sedang meningkat, langkah-langkah harus diambil dengan segera untuk memastikan sisa buangan makanan daripada pasar, restoran dan rumah dapat dikitar semula sebagai sumber makanan ternakan ataupun baja organik. Tahi ayam daripada fasiliti ternakan ayam dan sisa buangan kilang kelapa sawit juga boleh diguna sebagai baja selepas diproses. Ahli sains di universiti tempatan harus diminta membantu dalam usaha ini.
Peneroka Felda terus terbeban, harga baja, racun meningkat - Utusan Digital
Gambar Hiasan
  1. Majlis Keselamatan Negara harus memantau situasi bekalan dan kos makanan dengan rapi. Jika kos makanan meningkat walaupun langkah-langkah di atas dilaksanakan, program-program tambahan seperti berikut harus dilaksanakan:
  • Bantuan kewangan sebanyak RM200 sebulan harus dimasukkan ke akaun bank semua keluarga golongan berpendapatan rendah di masyarakat kita (3.2 juta keluarga tersebut = RM640 juta sebulan ataupun RM7.6bn setahun)
  • Berkerjasama dengan NGO dan kumpulan-kumpulan agama untuk membuka dapur makanan untuk menyediakan makanan masak (cooked meals) untuk sesiapa yang memerlukannya di tiap bandar.

Apa pendapat anda?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Sinar Harian, ALiran.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here