KWSP: Ganti Caruman Dikeluarkan Dengan Masukkan Caruman Baharu Ahli Ke Akaun 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tak perlu bimbang wang caruman mereka berkurangan selepas membuat pengeluaran skim i-Citra dan i-Sinar.

Ini berikutan KWSP akan menggantikan wang yang dikeluarkan itu dengan memasukkan caruman baharu ahli ke Akaun 1 sehingga keseluruhan jumlah pengeluaran yang diambil dapat diganti semula.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah, berkata selepas itu, caruman akan dipecahkan semula kepada 70% ke Akaun 1 dan 30% ke Akaun 2.

[Baca Juga 4 Punca Utama Ramai Orang Muda Muflis Tahun Depan]

“Ini adalah usaha kerajaan untuk menambah baik simpanan ahli yang membuat pengeluaran di bawah skim i-Citra dan i-Sinar untuk meringankan beban ditanggung berikutan impak pandemik Covid-19,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya berdasarkan statistik semasa dan mengambil kira pengeluaran skim i-Sinar dan i-Citra, hanya 27% daripada ahli aktif berumur 18 hingga 55 tahun dijangka mempunyai simpanan dalma Akaun 1 melebihi kuantum simpanan asas yang ditetapkan mengikut umur.

Beliau juga menjelaskan kerajaan terus meneliliti kaedah lain untuk memastikan Jaringan Keselamatan Sosial persaraan rakyat dapat kembali ke tahap sepatutnya.

Jadi, anda tidak perlu bimbang wang simpanan hari tua berkurangan ya.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here