KWSP: Pihak NUBE Gesa Kembalikan Wang KWSP Ahli Yang Dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Baru-baru ini hangat mengenai isu bekaitan dengan wang KWSP.

[Baca Juga: KWSP: Simpanan Bumiputera Makin Merosot, 3.6 Juta Kurang RM1,000 Dalam Akaun]

Untuk pengetahuan anda Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) telah menggesa pihak Lembaga Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menuntut kerajaan memulangkan wang yang telah dikeluarkan oleh ahli KWSP B40 dan M40 untuk perlindungan persaraan.

Boleh Ke Guna Pencen Pinjam LPPSA Untuk Beli Rumah? | PropertyGuru Malaysia

Objektif utama penubuhan KWSP ini ialah simpanan bagi tujuan persaraan dan yang diuruskan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta 452), kata Setiausaha Agungnya, J Solomon.

Katanya lagi, bagaimanapun sejak pandemik Covid-19, matlamat asal KWSP dilihat mula beralih termasuk penghakisan simpanan dalam badan berkanun itu.

Menurutnya lagi, aset pelaburan KWSP telah meningkat kepada RM1.02 trilion pada penghujung tahun 2020 tetapi merosot menjadi RM989.14 bilion pada Jun 2021 dan di bawah pakej rangsangan ekonomi, kerajaan memperkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dan ahli KWSP mengeluarkan RM101 bilion dari simpanan mereka.

“Sedangkan pihak yang mendapat manfaat dari tiga skim tersebut ialah kerajaan dan majikan”

Tambah beliau, majoriti 7.4 juta yang mengeluarkan ialah ahli KWSP kalangan B40 dan M40.

“Kira-kira 6.1 juta pencarum KWSP kini hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Daripada jumlah ini, kira-kira 3.6 juta ahli mempunyai kurang daripada RM1,000 dalam simpanan mereka menyebabkan ada kekangan kewangan dan tidak dilindungi untuk menghadapi usia persaraan mereka.

Hal ini dapat dilihat berdasarkan sasaran minimum RM240,000 simpanan yang perlu dimiliki ahli KWSP apabila mencapai umur 55 tahun, hanya 3% yang mampu bersara dan mampu bertahan dengan simpanan mereka.

Buka kaunter khas daftar i-Akaun KWSP - YouTube

Langkah kerajaan bagi melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus dalam Bajet 2022 yang diumumkan baru-baru ini juga akan memburukkan isu simpanan persaraan.

Justeru kata beliau, kerajaan perlu mencari kaedah bagi perlindungan para pencarum selepas mereka bersara,

Ujar Solomon, Lembaga KWSP perlu memastikan wang ahli KWSP tidak digunakan untuk melabur secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan yang mengeksploitasi pekerja, menggalakkan usaha memusnahkan kesatuan sekerja atau untuk tujuan politik.

“Setiap keputusan yang dibuat oleh Lembaga KWSP mesti mengambil kira tanggungjawab untuk mempertahankan dana ahli demi kesejahteraan pencarum pada hari tua mereka kerana Malaysia akan menjadi negara yang semakin tua menjelang 2030,” katanya.

[Baca Jual Mohon Bantuan Khas KWSP RM480 Untuk Wanita, Suri Rumah]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Sinar Harian


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here