KWSP Umum Tarikh Dividen 2022 Bagi Tahun Kewangan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Untuk pengetahuan anda semua, KWSP akan dijangka kadar dividen tahun 2021 pada awal suku pertama tahun 2022 ini (dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac) dan ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa. 

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak KWSP melalui pertanyaan pengguna dalam ruangan komen di Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui sebuah hantaran pada 7 Februari 2022.

DIVIDEN KWSP 2020 / 2021

Untuk makluman, KWSP telah mengumumkan dividen 5.20 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan agihan berjumlah RM42.88 bilion ,manakala 4.90 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM4.76 bilion bagi tahun kewangan 2020 yang lalu.

Kadar dividen yang diumumkan dana persaraan nasional itu membabitkan agihan sebanyak RM47.64 bilion merangkumi, RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah dengan RM4.76 bilion.

Berikut adalah jumlah kadar dividen KWSP bagi tahun 2020 dan perbandingannya dengan 5 tahun terkemudian.

Dividen kwsp
Dividen kwsp

Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Syariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

KWSP berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik COVID-19 dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

Berikut adalah Rumusan Prestasi Pelaburan Tahun 2020 yang disiarkan dalam kenyataan media KWSP yang lalu :

Dividen kwsp

Untuk maklumat lanjut tentang dividen KWSP 2020 sila layari https://www.kwsp.gov.my/ms/dividend

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Post

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here