Lanjutan Moratorium 3 Bulan Secara Automatik Bermula Disember 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Semalam Niaga Kini telah berkongsi mengenai salah satu inisiatif terkini yang diberikan oleh pihak perbankan  di manamereka bersetuju memberikan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Semua penambahbaikan ini adalah tambahan kepada bantuan yang diumumkan sebelum ini untuk mereka yang kehilangan pekerjaan serta untuk individu dan PKS yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik.

Ini selaras dengan pengumuman yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Julai yang lalu yang menyatakan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan moratorium dan bank bersasar kepada individu dan peminjam lain yang layak.

[BACA: Mohon Telefon Pintar Dan Data 120 GB Percuma Untuk Pelajar B40]

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan moratorium selama 6 bulan bermula April bagi meringankan beban orang ramai akibat penularan wabak COVID-19.

Namun, ketika tempoh moratorium hampir tamat pada bulan Oktober, banyak pihak mendesak kerajaan untuk melanjutkan moratorium disebabkan kesan penularan wabak COVID-19 yang masih dirasai.

Oleh itu, moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik pinjaman telah diumumkan oleh kerajaan hanya kepada individu dan peminjam lain yang terpilih dan layak untuk memohon.

Kelayakan Permohonan

Terdapat 2 kategori pemohon yang layak untuk memohon moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik iaitu individu dan peminjam lain.

Bagi kategori individu, terdapat dua keadaan yang dibenarkan untuk memohon bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik iaitu:

  • Individu hilang pekerjaan dan pendapatan pada tahun 2020: Moratorium pinjaman dilanjutkan selama 3 bulan.
  • Individu yang menerima pengurangan gaji: Pengurangan jumlah ansuran sepadan dengan pengurangan gaji sekurang-kurangnya 6 bulan.

Untuk peminjam lain termasuk PKS, terdapat dua keadaan yang membolehkan permohonan moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik iaitu:

  • Perniagaan berdaya maju yang menghadapi masalah aliran tunai.
  • Peminjam individu lain yang menghadapi kesukaran membuat pembayaran balik.

Bagi kedua-dua kategori ini, terdapat tiga pilihan yang ditawarkan kepada peminjam iaitu:

  • Hanya membayar faedah dalam tempoh tertentu.
  • Mengurangkan ansuran bulanan dengan memanjangkan tempoh pinjaman.
  • Fleksibiliti lain sehingga peminjam boleh menyambung pembayaran balik baki pinjaman.

Bagi pembiayaan sewa beli, peminjam yang terjejas akan ditawarkan jadual ansuran pembiayaan yang disemak semula selaras dengan Akta Sewa Beli 1967.

Untuk makluman, lanjutan ini tidak akan menjejaskan laporan kredit CCRIS peminjam.

Cara Membuat Permohonan

Bagi individu atau peminjam lain yang ingin memohon moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik, anda boleh memohon menerusi langkah berikut:

  1. Hubungi pihak bank yang terlibat.
  2. Menerusi panggilan tersebut, peminjam perlu memohon untuk melaksanakan moratorium bersasar atau fleksibliti pembayaran balik.
  3. Pihak bank akan menyatakan jadual dan terma pembayaran balik yang baharu.
  4. Pihak peminjam perlu memahami dan jika berpuas hati, pihak peminjam boleh menyatakan persetujuan.
  5. Jika pelan yang ditawarkan tidak dipersetujui, terdapat dua langkah lain yang boleh dilakukan iaitu:
    i) Peminjam boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
    ii) Bagi PKS, peminjam boleh memohon bantuan di bawah Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil.

Peminjam boleh mula menghubungi bank atau AKPK mulai 7 Ogos 2020.

Senarai No. Telefon Bank

Individu yang ingin membuat permohonan boleh menghubungi pihak bank di talian:

  1. Bank Simpanan Nasional: 1300-88-1900
  2. Maybank: 1-300-88-6688
  3. CIMB Bank: 03-62047788
  4. Bank Islam: 03-26900900
  5. Bank Rakyat: 1-300-80-5454
  6. Bank Muamalat: 1-300-88-8787
  7. Agro Bank: 1-300-88-2476
  8. AmBank: 03-21788888
  9. Affin Bank: 03-82302222
  10. Hong Leong Bank: 03-76268899
  11. Public Bank: 1-800-22-5555
  12. RHB Bank: 03-9206 8118
  13. HSBC Amanah: 1-300-88-2626
  14. MBSB Bank: 03-20963000
  15. Alliance Bank: 03-55169988
  16. OCBC Bank: 03-83149310
  17. Standard Chartered Bank: 1-300-88-8888
  18. SME Bank: 03-26037700
  19. Bank Pembangunan Malaysia Berhad: 03-26113888

Peminjam boleh melayari www.bnm.gov.my/tra untuk maklumat lanjut mengenai bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar.

Kongsikan info bermanfaat ini di semua platform sosial anda agar lebih ramai yang tahu tentang lanjutan bayaran bersasar ini.

Moga perkongsian anda akan membantu mempermudahkan urusan orang lain dan menjadi lubuk pahala berpanjangan.

[BACA: 30 Jenis Skim Bantuan Zakat MAIWP, Ini Syarat Dan Cara Permohonan]

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Bank Negara Malaysia & Semakan Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here