Macam Mana IKEA Buat Copywriting ‘Melekat’? Pelanggan Terpukau Terus Beli!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Ayat copywriting ‘Melekat’, Tarik Perhatian Pembaca

Bila terbaca ayat iklan atau copywriting yang ringkas dan mudah difahami, rasa kagum sangat dengan idea penulisnya. Betul tak?

IKEA Lookalikes — ANGIE FEATHERSTONE

Bagaimana penulisnya boleh mendapat ayat yang begitu mantap yang kadang-kadang tidak perlu pun menggunakan  banyak perkataan.

Dua baris ayat pun dah boleh memukau mata pembaca. Tak perlu beriya-iya nak memuji produk sendiri yang kadang terlebih dakwaan atau claim.

Bila pelanggan tak dapat apa yang dijanjikan, hancurlah imej produk kamu tu.

Sebagai contoh, ayat copywriting IKEA ni. Ramai yang puji sebab sedap dibaca.

Produk sebenar yang nak dijual adalah almari. Ayat copywritingnya hanya menyentuh pembesaran kanak-kanak.

[Baca Juga 10 Rahsia Copywriting Power, Sehebat Apple, Coca Cola, Nike]

Anak yang dah meningkat remaja takkan nak guna almari masa kanak-kanak dulu kan?

“Dia tak nampak menjual, dia nampak lebih kepada mendekati siapa pengguna dia. Tak terlalu keras, lembut je dia sentuh hati customers,” kata MAG@magmalaya

 Katanya bila ingat rumah, teringat IKEA. Memang melekat.

IKEA Malaysia Uses Local Wordplay in Quirky Campaign from BBH Singapore |  LBBOnline

Ada juga yang memuji kerana ia mengutamakan Bahasa Melayu yang diletak lebih besar berbanding Bahasa Inggeris.

Nampak tak, kepentingan bahasa tu. Ikutlah kalau pelanggan disasarkan Melayu, utamakanlah bahasa Kebangsaan tu. Pelanggan pun mudah faham kalau ayat tu ada maksud tersirat.

Belajarlah daripada jenama terkenal dalam soal penulisan ayat copywriting. Iklan mereka tidak nampak sangat terdesak untuk menjual sebaliknya menyentuh hati pelanggan.

KC Hong | Copywriter

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: MAG@magmalaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here