Malaysia Dan Singapura Setuju Melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) Mulai 29 November Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Untuk pengetahuan anda terutama pengembara dan juga mereka yang bekerja di Singapura, Malaysai dan Singapura telah bersetuju untuk melancarkan laluan perjalanan lengkap vaksin-laluan darat (VTL-Land).

[Baca juga:

Hal ini kerana bagi kedua-dua negara telah pun mencapai lebih daripada 95% bagi kadar populasi dewasa yang telah divaksin.

Dan pencapaian ini akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk membuka semula sempadan darat secara berperingkat, selamat, sistematik dan mampan.

Dengan itu, kerajaan terhadap kedua-dua negara bekerjasama untuk melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang bermula 29 November 2021 ini.

Untuk pengetahuan anda pelancaran VTL-Land ini adalah selari dengan VTL-Air yang dimana bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi antara kedua-dua negara.

Bukan itu sahaja, selain pekerja, VTL-Land ini akan membantu juga untuk memberikan peluang kepda rakyat Malaysia dan Singapura di kedua-dua belah pihak yang telah terpisah dengan keluarga akibat pandemik Covid-19 bagi bertemu semula dengan orang yang tersayang.

Kebaikan VTL-Land ini dilaksankan adalah untuk melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen.

Untuk makluman pengembara yang deibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam VTL-Land ini adalah wargenegara Malaysia dan Singapura termasuk Penduduk Tetap serta pemegang Pas Jangka Panjang Malaysia dan Singapura.

Untuk makluman anda, pengembara wajib divaksinasi sepenuhnya dan bagi kanak-kanak yang di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi, mereka haruslah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.

Pengembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing.

Buat masa ini, VTL-Land akan dihadkan kepada pengangkutan bas sahaja sebagai mekanisme kawalan dan mod pengangkutan lain akan disenaraikan secara berperingkat.

Perkhidmatan bas VTL-Land yang ditetapkan ke Singapura akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral) sebagai pusat turun dan naik penumpang di Malaysia manakala Terminal Queen Street (QST) sebagai pusat turun dan naik penumpang di Singapura.

Kerajaan kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk menetapkan kuota harian tidak melebihi 1,500 pengembara pada peringkat permulaan, dengan peningkatan dari minggu ke minggu.

Pengembara yang masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land perlu mendaftar di https://mysafetravel.gov.my/ manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura, perlu membuat pendaftaran di https://go.gov.sg/vtl-portal. Pendaftaran ini adalah wajib sebelum sebarang pembelian tiket dibuat. Butiran tentang keperluan VTL-Land boleh didapati di https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg/.

Image
Image
Image
Image

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Sumber: Kenyataan Perdana Menteri.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here