Malaysia Sesak Teruk, 4 Punca Jalan ‘Jem’ Walau Takda Kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dua tiga hari ini heboh di twitter dan pelbagai platform sosial lain, JALAN JEM DI KL!

Anda tahu tak sebenarnya data terkini menyatakan bahawa kesesakan lalu-lintas kini lebih teruk berbanding sebelum pandemik.

Niaga Kini difahamkan antara puncanya adalah pekerja sudah kembali ke pejabat dan persekolahan juga dijalankan secara bersemuka.

Menurut Indeks Trafik Tomtom, kesesakan semasa waktu puncak di sebelah pagi dan petang di Kuala Lumpur konsisten memburuk dalam tempoh tujuh hari terakhir, berbanding pada masa yang sama pada tahun 2019.

Kuala Lumpur, Malaysia, on October 30, 2014 III · Animated Traffic, a  Travel Documentation Photo Art Project

Kadang-kadang jalan boleh sesak tanpa ada sebarang sebab pun.

Tiada kemalangan, tidak hujan, tiada penyenggaraan di lakukan di hadapan, tiada laluan khas diberikan untuk ambulans atau kereta polis atau apa-apa sahaja yang menyebabkan keperlahanan kenderaan di atas jalan raya. Pelik kan?

Situasi ini dinamakan sebagai ‘phantom traffic jam‘. Bagaimana ‘phantom traffic jam‘ boleh berlaku?Apa pendapat anda?

Sebab ‘Phantom Traffic Jam‘ Berlaku

1. Terlalu Banyak Kenderaan

Sebab utama ianya berlaku adalah kerana terlalu banyak kenderaan di atas jalan raya. Ini akan mengakibatkan kurangnya jarak di antara kenderaan.

Driving Hurry GIF - Driving Hurry Stressed - Discover & Share GIFs

Maka, kenderaan akan bergerak perlahan kerana tiada ruang untuk menekan minyak. Jika semua kenderaan mula ikut dari belakang rapat-rapat, ia akan menyebabkan kenderaan lain di belakang turut ikut sama dan ini lah yang menyebabkan kesesakan.

2. Kemalangan ‘Sandwich

Apa itu kemalangan ‘sandwich‘? Terma ini selalunya digunakan oleh orang ramai bagi menjelaskan kemalangan yang melibatkan pelanggaran dari belakang dan melibatkan lebih daripada 2 kenderaan.

Sandwich car on a road in Iasi. The driver miraculously escaped
Gambar Hiasan

Kemalangan jenis ini selalu berlaku di atas lebuhraya yang sesak. Hal ini adalah kerana setiap kenderaan ikut rapat antara satu sama lain.

Jadi apabila kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba, kenderaan di belakang mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk melanggar kenderaan di hadapan.

3. Memotong Kenderaan Lain

Apabila pemandu memotong kenderaan lain atau ingin masuk ke lorong yang lain, ini akan menyebabkan keperlahanan di jalan raya.

have a cup and stay awhile

Apabila ia kerap berlaku dan semua kenderaan ingin memotong satu sama lain, ini juga bakal menyebabkan ‘phantom jam’.

Tidak elok sebenarnya untuk kita kerap memotong kenderaan di atas jalan raya terutama apabila terdapat banyak kenderaan. Ia sebenarnya memakan lebih banyak ruang dan masa.

Malah, risiko untuk mengalami kemalangan juga tinggi.

4. Kemalangan Di Jalan Sebelah

Anda mesti pernah tertanya kenapa laluan anda pula yang sesak apabila ada kemalangan berlaku di seberang jalan? Hal ini mungkin berlaku kerana ramai yang memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.

Highway Car Crash GIF - Highway Car Crash Accident - Discover & Share GIFs

Ada juga yang mengambil masa itu untuk menangkap gambar atau membuat video untuk dikongsikan dilaman sosial masing-masing. Perkara ini adalah sesuatu yang biasa berlaku.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: The Patriot, Buletin FM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here