Mampukan Malaysia Capai Pendapatan Isi Rumah RM10K Sebulan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Adakah mustahil untuk mencapai pendapatan isi rumah RM10K menjelang 2025 seperti yang disasarkan oleh dalam pembentangan RMK-12, baru-baru ini?

Mungkin bagi sesetengah golongan ini bukan lagi satu mimpi malah sudah lama menikmatinya berbanding kebanyakan golongan lain yang terpaksa bekerja berpuluh tahun tapi gaji masih ditakuk lama.

Niaga Kini nak kongsi pendapat Pengasas Hartabumi.com, Radzi Tajuddin atau Mat Rodi dalam persoalan ini menerusi ciapannya.

Mat Rodi, berkata menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), purata pendapatan isi rumah pada tahun lepas merosot daripada 10.3% dari RM7,901 (2019) kepada RM7,089 pada tahun 2020.

Pendapatan penengah (median) isi rumah pula mencatatkan penurunan 11.3% ke RM5,209 (2020) berbanding RM5,873 (2019).

“Ini bermakna, rata-rata kita hilang RM664 sebulan sejak tahun lepas. Ada yang mungkin hilang kurang RM664 sebulan. Ada yang mungkin hilang lebih daripada RM664 sebulan.

[Baca Juga Bantuan 7 Sektor Perniagaan Terkini SME Hingga Disember 2021]

“Menurut Laporan Pembangunan Ekonomi Bank Negara Malaysia 2018, gaji permulaan lepasan graduan pada 2018 hanya RM1,376 berbanding RM1,458 pada 2010. Graduan Ijazah Sarjana pula hanya RM2,707 pada 2018 berbanding RM2,923 pada 2010,” katanya.

Sebagai perbandingan, katanya, gaji dan bonus pengarah eksekutif sebuah GLC telekomunikasi meningkat 480% dalam tempoh antara 2005 hingga 2016. Dah lah gaji menurun, kos sara hidup pula naik.

Dalam Laporan Analisis Indeks Harga Pengguna Tahunan 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan rakyat Malaysia mengalami penyusutan nilai kuasa beli sebanyak:

– 25.8% dalam barangan F&B

– 16.1% dalam perumahan dan bil utiliti

– 19.4% dalam kesihatan dan

– 17.3% dalam pendidikan

“Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia pada 2020 terpaksa membayar antara 16-26% lebih mahal berbanding pada 2010 untuk membeli makanan, rumah, ubat dan mendapatkan pendidikan. Yang paling kesian dalam isu ini adalah M40 lah.

“Yang pertama dicukai, yang terakhir dibantu.

“Ini perkara biasa memandangkan mana-mana kerajaan di muka bumi ini akan mengutamakan golongan B40. Golongan elit atau T1 atau T0.1 pula ada pengaruh politik untuk memastikan kerajaan membantu mereka. Ini fakta.

“Jadi tinggalah M40 untuk bantu diri sendiri.” katanya.

Beliau mencadangkan supaya golongan M40 membuat perancangan kewangan yang padu dan cari peluang pelaburan dalam beberapa asset classes seperti hartanah, saham, kripto dan sebagainya.

“Masalahnya ramai M40 tak tahu. M40 ada duit saving. Tapi kurang mengerti hakikat bahawa inflasi akan ‘telan’ duit saving mereka jika sekadar simpan dalam akaun simpanan. M40 tidak berapa tahu cara buat fundamental and technical analysis untuk melabur dalam saham.

“M40 masih belum faham yang dunia kripto ni lebih daripada sekadar beli bitcoin atau ethereum di Luno. Jadi kuncinya adalah M40 wajib tahu bagaimana nak deploy capital dalam dunia capitalism ini.

“Pendeta Zaaba kata, “perangai bergantung pada diri sendiri”. Maka nasib dan survival kewangan serta kekayaan M40 juga adalah bergantung pada diri mereka sendiri,” katanya.

Kita tidak boleh berharap kepada nasib untuk terjumpa kad permainan Squid Game seperti Gi-Hun!

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Pengasas Hartabumi.com, Radzi Tajuddin/Mat Rodi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here