MAS Nasihat Check In Online Tapi Tak Kenakan Caj Kalau Check In Secara Fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Pelbagai reaksi diluahkan orang ramai apabila Air Asia menggumumkan caj RM100 bagi penumpang yang daftar masuk secara fizikal menerusi kaunter di lapangan terbang seluruh negara bermula 1 Mac ini berbanding RM20 sehingga RM30 sebelum ini.

Pengumuman itu juga turut menarik perhatian pesaingnya, Malaysia Airline yang menasihatkan semua penumpang penerbangannya supaya mendaftar masuk secara atas talian.

Bagaimanapun penumpang tidak akan dikenakan denda sekiranya tidak berbuat demikian iaitu mendaftar di kaunter.

[Baca Juga Cara Tukar Online Nama Bil Elektrik Kepada Nama Penyewa]

Orang ramai turut meluahkan rasa kecewa dengan caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu.

Malah caj yang dianggap tinggi itu menyusahkan golongan yang tidak begitu mahir menggunakan aplikasi di internet seperti warga emas.

“Kesian lah makcik pakcik tak reti buat benda online ni , kalau takde anak nak guide atau malas nak tolong. Haish,” kata seorang pengguna Twitter.

Malah ada yang menimbulkan persoalan sama ada penumpang berhak untuk mendapat gantirugi sekiranya gagal daftar masuk akibat masalah sistem.

“Kalau tak boleh check in online, sebab system cm t**k.. adakah customer dapta RM100 sebagai gantirugi?” tanya Firdaus Azri@firdausxnadiah.

Ahmad ULWI@ulwi_ahmad pula berkata Malaysia Airline sudah memasukkan caj berkenaan di dalam harga tambangnya.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here