Mohon Bantuan ‘Barang Dapur’ Percuma Asnaf & Golongan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Niaga Kini sememangnya cakna dalam membantu masyarakat dalam menyebarkan maklumat terkini mengenai bantuan terutamanya kepada para peniaga.

Justeru, antara bantuan terbaru yang diumumkan baru-baru ini adalah  Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 di mana Inisiatif-inisiatif ini diharap dapat membantu meringankan beban warga Kuala Lumpur yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

[BACA: Pengeluaran Pertama Akaun 1 Hingga RM10K, Ini Perkara Penting Mengenai i-Sinar Yang Perlu Anda Tahu]

Inisiatif ini adalah berikutan keprihatinan Kementerian Wilayah Persekutuan terhadap warganya termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dengan terlaksananya PKPB di WPKL, KWP menerusi DBKL cakna untuk membantu warga Kuala Lumpur menerusi beberapa inisiatif antaranya adalah Bantuan Food Pack.

inisiatid-wilayah-cakna-3-3

Khusus Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

DBKL akan memberikan bantuan tunai RM100 mengantikan bantuan food pack kepada setiap unit di PPR MTEN dan PA DBKL

Ini bermakna semua keluarga yang tinggal di PPR MTEN dan PA DBKL akan menikmati bantuanini. Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat oleh pihak DBKL.

[BACA: Ar Rahnu Biznita YaPEIM: Permohonan Modal Perniagaan Khas Wanita]

Khusus di Wilayah Persekutuan Putrajaya

PPj memberikan bantuan food pack makanan asas bernilai RM100 yang mengandungi beras, minyak masak, tepung gandum dan gula kepada golongan asnaf dan B40 Putrajaya yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.

Cara Permohonan:

Pegawai yang boleh dihubungi adalah Puan Siti Fadilah Ramli di talian 012-2515879.

Khusus di Wilayah Persekutuan Labuan

Persekutuan Labuan (PL) memberikan bantuan bernilai RM50-RM100 berbentuk barang keperluan asas kepada penduduk Labuan yang terjejas dengan arahan PKP akibat daripada penularan wabak COVID-19 tertakluk
kepada kriteria yang telah dinyatakan.

Setakat ini PL dan agensi berkaitan telah mengedarkan sejumlah 600 kit bantuan makanan kepada warga Labuan.
Penyelarasan kit bantuan makanan ini adalah di bawah Pusat Penyelaras COVID-19 yang melibatkan JKM, APM & PL

Pusat Penyelaras juga sedang menyediakan tambahan 1,200 kit makanan untuk diagihkan segera kepada warga Labuan yang memerlukan.

Cara Permohonan:

Nombor yang boleh dihubungi mengenai bantuan ini adalah 087-408601.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahal berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

[BACA: Mohon Bantuan RM500 Zakat Kecemasan MAIWP Bermula 16 Nov 2020]

Sumber: Kementerian Wilayah Persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here