Mohon Bantuan One Off RM300 Penjaja, Peniaga Kecil November-Disember 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Sekiranya anda peniaga kecil yang berniaga di Ipoh, Perak, anda boleh memohon untuk bantuan One Off yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Bantuan diberikan sebanyak RM300 bagi setiap pemegang lesen untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi  membendung wabak Covid-19.

Pada 2 Jun 2021 yang lalu Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pendamik Covid 19.

Antara inisiatif di bawah pakej ini adalah Bantuan One-Off  untuk penjaja dan peniaga kecil yang berlesen dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh.

[Baca Juga Bantuan RM 60,000 Bina Rumah, Boleh Mohon Jika Ada Tanah Sendiri]

Dokumen diperlukan:

Mereka yang layak dan memenuhi syarat perlu mengemukakan dokumen  yang diperlukan iaitu:

Salinan Kad Pengenalan

Salinan Penyata Bank/ Buku Bank yang aktif bagi agihan bantuan dapat dibuat secara atas talian.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian  05-2058047 (Waktu pejabat sahaja)

Syarat permohonan:

Tidak layak memohon jika telah menerima bantuan one off RM300 dari PBT lain

Mengemukakan dokumen diri sendiri bukan milik pemegang lesen lain.

Beri nombor telefon terbaharu dan aktif

Pemohon tidak di benarkan membuat permohonan melalui “walkin” atau datang ke pejabat MBI.

Sebarang permohonan melalui kaedah ini TIDAK AKAN DILAYAN.

Sila hubungi talian  05-2058047 (Waktu pejabat sahaja) untuk maklumat lanjut.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Portal Majlis Bandaraya Ipoh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here