Mohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Individu (Faktor Kesihatan)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Niaga Kini ingin berkongsi kepada para pembaca mengenai Permohonan Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi boleh dimohon oleh mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak boleh mengambil sebarang suntikan vaksinasi.

[BACA JUGA: Cara Tebus Baucer Barangan Elektrik RM200 Program SAVE 2.0]

Bagi individu yang tidak boleh divaksin di atas faktor kesihatan perubatan boleh memohon Sijil Pengecualian Vaksinasi di aplikasi MySejahtera hanya melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berdekatan dengan anda.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagi mendapatkan sijil itu, individu terbabit perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar dahulu yang merawat mereka.

Contoh Surat Pengesahan Doktor - Contoh Surat

Dan jika mereka telah disahkan tidak boleh mengambil sebarang jenis suntikan vaksin Covid-19 di atas sebab-sebab perubatan, maka individu tersebut perlulah mematuhi SOP dengan lebih ketat secara kendiri seperti memakai pelitup muka,memastikan penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan lain-lain.

Hal ini perlu dijaga dan dilaksanakan denganteliti kerana individu tersebut lebih berisiko untuk terdedah dan mendapat jangkitan Covid-19. Menurutnya lagi, antara pakar perubatan yang boleh mengesahkannya adalah terdiri daripada pakar perubatan swasta yang merawat individu tersebut, pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar perubatan di hospital kerajaan yang berpakar atau pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan.

“Jika permohonan adalah lengkap dan mengikuti syarat yang telah ditetapkan, sijil digital melalui MySejahtera akan diperolehi dalam tempoh satu minggu,” katanya.

Cara Memohon Sijil Pengecualian Vaksin MySejahtera

Jika anda perlu memohon sijil digital pengecualian vaksinasi di MySejahtera, sila rujuk langkah-langkah yang dinyatakan berikut:

Ikuti Langkah di bawah yang Niaga Kini sediakan untuk anda cara memohon Sijil Pengecualian Vaksinasi di MySejahtera:

  1. Hadir ke PKD
  2. Kemukakan ‘Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin’
  3. Slip itu perlu disahkan oleh:
    • Pakar perubatab hospital swasta yang merawat pemohon
    • Pakar / pegawai perubatanyang merawat (semasa ketiadaan pakar perubatan) di hospital kerajaan yanh berpakar.
    • Pakar perubatan keluarha di Klik Kerajaan
Vaksin COVID-19 🇲🇾 on Twitter: "Penilaian pra-vaksinasi dilakukan keatas  mereka yang mempunyai masalah kesihatan untuk memastikan sama ada mereka  selamat untuk divaksinasi. Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOSGde  #LindungDiriLindungSemua ...

Sila rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

Sijil pengecualian vaksin mysejahtera

Sijil digital pengecualian vaksin ini dijangka akan diperoleh dalam tempoh satu minggu jika permohonan yang anda hantar lengkap.

[Baca Juga 8 Perkara Penting Yang Selalu Usahawan Lupa Nak Buat]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Post

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here