Mudahkan Rakyat, Kit ujian kendiri Kini Hanya RM4.90 Seunit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Kit ujian pantas (RTK) antigen guna air liur kini jauh lebih murah iaitu hanya RM4.90 setiap satu selepas turun harga sehingga lebih 87%.

Walaupun jauh lebih murah, ia masih berkualiti dalam mengekang penularan jangkitan Covid-19.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihak bersetuju harga kit ini perlu diturunkan lagi supaya semua rakyat dapat melakukan sendiri ujian secara kerap.

[Baca Juga KWSP: Ganti Caruman Dikeluarkan Dengan Masukkan Caruman Baharu Ahli Ke Akaun 1]

“Semestinya saya mahu kit ini dapat dibeli dengan harga mampu milik supaya semua rakyat dapat melakukan sendiri ujian secara kerap dan antara strategi yang dilaksanakan adalah dengan memberikan kebenaran kepada lebih banyak premis seperti di pasar raya dan kedai rangkaian menjualnya.

“Malah kit ujian kendiri COVID-19 sudah menjadi keperluan seisi rumah, memandangkan kadar penularan pandemik masih tinggi di Malaysia,” katanya.

Katanya kementerian sentiasa mendengar keluhan rakyat yang terkesan akibat penjualan kit ini pada harga tinggi sebelum ini, justeru menerusi usaha bertali arus, kita berjaya menurunkan harga kit ujian kendiri daripada RM39.90 kepada harga siling RM19.90, di peringkat runcit.

“Setakat ini, KPDNHEP sudah memberikan kebenaran kepada 7,302 premis di seluruh negara untuk menjual kit ujian kendiri ini yang diberikan kebenaran oleh KKM dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here