Pakar Cadang 5 Tindakan Ini Elak Krisis Bekalan Makanan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Krisis makanan? Bekalan kurang? Stok bahan mentah tiada? Antara kata kunci utama carian di ‘google’ dalam tempoh seminggu ini.

맥북 GIFs - Get the best GIF on GIPHY

“tiap biji gandum berharga, kita mesti mengambil langkah mengurangkan kelaparan dengan mengelakkan pembaziran serta mencegah kerugian,”

Antara kata-kata dari Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia, Eren Gunhan Ulusoy, malah semua institusi antarabangsa bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Justeru, jika kita fokus pada keadaan ekonomi dan krisis bekalan makanan semasa, ini adalah 5 strategi untuk mengekang situasi berkenaan dari berlaku:

1. Memperkasa Bekalan Domestik: Kerajaan menerusi kementerian berkaitan perlu menyegerakan pakej bantuan kewangan dan kepakaran kepada petani, penternak dan nelayan (besar, sederhana dan kecil) bagi membolehkan mereka meningkatkan pengeluaran.

Menanam Padi Di sawah on Make a GIF

Agensi-agensi berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan baik dari aspek penyelidikan, peningkatan hasil dan pemasaran perlu berkerjasama erat dalam menjayakan agenda ini.

Gerak kerja antara agensi dan pemain industri perlu segera diperkemas dan setiap mereka jelas akan peranan yang mereka mainkan khususnya semasa tempoh krisis ini dan beberapa bulan selepas krisis ini tamat.

2. Memperkukuh Bekalan Import: Kerajaan menerusi kementerian berkaitan perlu berhubung dengan negara-negara pembekal bagi memastikan bekalan makanan atau bekalan bahan mentah membuat makanan tidak terputus terus dari negara berkaitan.

Malaysia sent home top two diplomats in UAE due to issues during PM Ismail's  visit | The Straits Times
Gambar hiasan

Kerajaan perlu menggunakan hubungan baiknya dengan negara-negara serantau, Asia dan dunia untuk mendapatkan bekalan-bekalan tersebut khususnya apabila pembekal utama selama ini tidak dapat memberi bekalan seperti biasa.

Di sinilah kebijaksanaan berunding dengan pihak luar khususnya semasa krisis perlu ada dalam diri pegawai-pegawai kerajaan yang berkaitan. Matlamatnya jelas iaitu mereka perlu memastikan peratus bekalan import dapat dicapai kerana jika tidak negara akan terjerumus ke dalam krisis bekalan makanan.

3. Memantapkan Bekalan Makanan Lestari: Di masa hadapan Malaysia perlu memulihkan Projek Gedung Makanan Negara. Negara sewajarnya memajukan kembali sektor pertanian domestik. Kembalikan peranan UPM sebagai peneraju utama pertanian moden negara di samping institusi-institusi pengajian tinggi lain yang berkaitan.

SAINS PERTANIAN UPM DISENARAI 54 TERBAIK DUNIA | Universiti Putra Malaysia
Gambar Hiasan

Di masa yang sama kerajaan perlu menggalakkan syarikat-syarikat besar negara seperti GLCs melabur di negara-negara berpotensi dalam sektor pertanian dan penternakan. Sewajarnya mereka tidak terikat dengan sektor perladangan kelapa sawit sahaja.

GLCs Malaysia boleh menceburi sektor penanaman padi, penternakan ayam, lembu dan sebagainya di mana disesetengah negara itu kadar pelaburan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Malaysia.

Malaysia perlu memikirkan untuk menjadikan dirinya bukan sahaja sebagai Gedung Makanan Negara tetapi Gedung Makanan Asia atau Dunia. Pertaniaan adalah perniagaan yang amat menguntungkan.

4. Mendidik Masyarakat Prihatin: Kerajaan menerusi kementerian, agensi dan NGO berkaitan perlu berkerjasama dalam mendidik masyarakat menerusi penerangan ringkas, mudah difahami dan menarik tentang contohnya berapa stok makanan perlu disimpan oleh sesebuah keluarga untuk tempoh satu minggu mahupun sebulan.

Lockdowns Are No Longer The Solution - PM Ismail Sabri | TRP

Pendidikan sedemikian perlu dilakukan kerana kebimbangan rakyat tentang kemungkinan krisis makanan berlaku ada asasnya.

Untuk itu rakyat perlu ditenangkan dan pakar dalam bidang pemakanan boleh dimanfaatkan untuk menjelaskan apakah dan berapa banyakkah makanan perlu disimpan oleh sebuah keluarga untuk tempoh satu minggu atau satu bulan. Ilustrasikan perkara ini dengan menarik dalam media massa dan media sosial.

Penekanan perlu diberikan juga dalam aspek mendidik rakyat agar tidak bersifat mementingkan diri. Bagaimana sikap timbang rasa mereka dalam membeli bahan makanan boleh membatu keluarga lain mendapat bekalan makanan atas sebab kebertanggungjawaban mereka iaitu tidak membeli dan menyimpan stok makanan secara berlebihan.

5. Memantapkan Penyelarasan Bantuan: Kerajaan menerusi kementerian, agensi berkaitan dan NGO utama negara wajar lebih berperanan dalam menyelaras bantuan khususnya yang disumbangkan oleh rakyat.

Business going from bad to worse after MCO 3.0 | The Star
Gambar Hiasan

Ini akan membolehkan bantuan diagihkan dengan lebih adil dan sistematik. Maklumat penduduk satu-satu kampung, taman atau PPR itu boleh diperolehi dari pemimpin setempat atau persatuan penduduk kawasan berkaitan. Dengan kata lain tidak sukar untuk mengenali rumah-rumah yang perlukan bantuan.

Agihan bantuan secara tidak berpusat dan sistematik mengikut struktur negara, negeri, daerah, mukim dan kampung atau taman serta PPR boleh menyumbang kepada kekurangan bekalan makanan di pasaran.

Akhir kata, 5 strategi ini jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik mampu membantu negara bebas dari terjerumus ke dalam kancah krisis bekalan makanan khususnya jika tempoh PKP berpanjangan iaitu lebih dari 2 bulan.

Apa pendapat anda?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  Prof. Dr. Haim Hilman, Professor Pengurusan Strategik, UUM. (Malaysia Gazette)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here