Pakar Ekonomi Sokong Hapus Subsidi, Cadang 3 Cara Lain Bantu Rakyat Dengan Berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Sebelum ini Niaga Kini ada melaporkan bahawa ahli perniagaan Ameer Ali Mydin mencadangkan baru-baru ini agar kerajaan memansuhkan semua subsidi, sebaliknya memberikan bantuan tunai secara terus kepada rakyat.

Dakwa beliau, skim subsidi kerajaan tidak distrukturkan dengan betul.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, subsidi kerajaan bernilai lebih RM15 bilion memanfaatkan kumpulan kaya T20, termasuk sebahagian besar subsidi petrol berjumlah RM4 bilion.

Justeru, dua pakar ekonomi menyokong gesaan agar pemberian subsidi dimansuhkan dan bantuan kewangan diberikan terus kepada mereka yang memerlukannya.

Geoffrey Williams daripada Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dan Pengarah Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia Yeah Kim Leng bersetuju bahawa bantuan bersasar akan lebih membantu dan lebih berkesan berbanding subsidi.

Mereka mengulas cadangan ahli perniagaan Ameer Ali Mydin baru-baru ini agar kerajaan memansuhkan semua subsidi, sebaliknya memberikan bantuan tunai secara terus kepada rakyat. Menurutnya, skim subsidi kerajaan tidak distrukturkan dengan betul.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, subsidi kerajaan bernilai lebih RM15 bilion memanfaatkan kumpulan kaya T20, termasuk sebahagian besar subsidi petrol berjumlah RM4 bilion.

Williams berkata, pindahan tunai seperti gaji dan subsidi langsung membantu melindungi pendapatan dan mengawal kenaikan harga barangan.

Bagaimanapun beliau mengakui ia tidak boleh berterusan sampai bila-bila kerana akan mengkibatkan herotan pasaran dalam tempoh jangka panjang.

Katanya, wujud keperluan untuk strategi keluar, dengan mencadangkan pendapatan asas sejagat (UBI) sebagai satu alternatif.

“Terdapat pelbagai bentuk UBI, salah satu daripadanya adalah sistem kredit cukai atau cukai pendapatan negatif. Mereka yang bekerja mendapat kredit cukai jika memperoleh pendapatan di bawah ambang tertentu dan akan bayar cukai seperti biasa jika pendapatan mengatasi ambang,” katanya kepada FMT.

Memetik FMT, Williams berkata, UBI kurang menyebabkan herotan pasaran, bersifat bersasar dan memberikan penerimanya wang tunai secara langsung untuk dibelanjakan sebagaimana perlu.

Tambahnya, ini patut diberikan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ia akan memberikan penyelesaian jangka panjang kerana serupa dengan pemindahan tunai tetapi berbeza-beza mengikut pendapatan rakyat dan akan menelan kos lebih rendah secara keseluruhan.

Yeah berkata, bantuan tunai akan menjadi cara lebih mudah bagi membantu golongan berkenaan.

“Kebebasan memilih berguna untuk mereka ini mengoptimumkan perbelanjaan dan cara membuat keputusan untuk menyimpan. Mereka juga akan dapat menggunakan wang simpanan itu untuk tujuan lain.

“Bagaimanapun, kerajaan perlu merekabentuknya agar ia mudah diberikan dengan kos yang minimum dan tidak terdedah kepada sebarang ketirisan.

“Selain itu, memandangkan kerajaan sudah mempunyai pangkalan data B40 (melalui inisiatif sebelum ini), apa yang boleh dilakukan sekarang adalah menambah bantuan tunai,” katanya kepada FMT.

Yeah berkata, penggubal dasar harus menjalankan kajian untuk menentukan jumlah yang diperlukan bagi B40 dan keseluruhan proses itu harus telus.

Beliau turut mengingatkan kerajaan supaya menaikkan harga minyak secara beransur-ansur kerana kenaikan mendadak akan mencetuskan inflasi dan akan menyebabkan tindakan penghapusan subsidi menjadi tidak bermakna suatu hari nanti.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Free Malaysia Today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here