Patutlah Ayam Golek Baker’s Cottage Murah, Ini Rahsianya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Terfikir camne peniaga lain nak lawan harga Ayam Golek Baker’s Cottage ni?

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Baker’s Cottage boleh jual seekor ayam golek pada harga murah iaitu RM12 saja.

Kos ayam mentah seekor saiz ni lagi mahal dari RM15 (baru beli ayam semalam).

Kalau nak bandingkan harga ayam golek Baker’s Cottage ni jauh lebih murah daripada ayam golek tepi jalan tau.

Ayam Golek Tepi Jalan : RM18-25

Ayamas : RM26

Kenny Rogers : RM37

Chicken Rice Shop : RM59

Bakers Cottages : RM12!

Jawapannya sebab pemiliknya, Leong Hup memiliki ladang ayam sendiri! Beliau antara pemilik ladang ayam terbesar. Patutlah boleh jual murah berbanding ayam panggang lain.

“Makanan dia buat sendiri, ayam dia keluarkan sendiri. Infact ayamas (kfc) ambik PS from leong hup seabb dia x da gps. So boleh sangat nak jual harga murah,” ciap seorang pengguna Twitter.

Inilah cara terbaik untuk buat duit, anda kawal bekalan bahan mentah macam ayam. Bekalan murah, produk pun boleh dijual lebih pada harga berpatutan.

Lebih bijak, ibu ayam (PS) dibela, bila dapat telur, telur ditetaskan dan dapat ayam pedaging yang dijual di KFC.

[Baca Juga Hukum Dakwaan Melampau (Overclaim) Produk Iklan, Marketing Dalam Islam]

“Dia ambik ps tau. Maksudnya mak kepada ayam yang kita makan. Ps tu dia bela dapat telur dia tetaskan dapat ayam KFC, kita panggil broiler chiken atau ayam pedaging. Ni dulu tahun 2018 sebelum saya resign. Tak tahu kalau dia ada ladang baka sendiri dah sekarang,” ciap seorang individu.

Sebagai peniaga mungkin anda boleh contohi cara ini untuk jual pada harga rendah bagi menarik minat pelanggan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here