Pembayaran Tol Guna Kad Touch ‘n Go Tetap Dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Kerajaan akan membenarkan pembayaran tol menggunakan mana-mana penyedia pembayaran digital dan bukan hanya Touch ‘n Go saja.

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof, berkata perubahan ini selari dengan peralihan ke lebuhraya tanpa palang tol iaitu Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025.

[Baca Juga Bantuan Geran Khusus Bakal Dipertimbang Bagi Memulihkan PMKS Terjejas Banjir]

Buat masa ini, syarikat Green Packet dan FETC International Co (FETCi) yang bertanggungjawab untuk menguji dan membuktikan keberkesanan sistem tol tanpa palang di lebuhraya Malaysia.

Syarikat berkenaan menjalankan ujian pertama MLFF di Besraya KM5.5 (North Bound) dan dijadualkan untuk pengumpulan data selama tiga bulan bermula awal tahun 2022.

Ketika ini, dianggarkan terdapat lebih 20 juta kad Touch ‘n Go dalam edaran yang mewakili hampir 91 peratus transaksi di 31 lebuh raya di seluruh negara.

Kata Fadillah Yusof, mereka mendengar permintaan orang ramai untuk membuka lebih banyak pembayaran dalam talian dan sedar dengan rungutan orang ramai yang perlu membayar lebih awal untuk TnG sama ada menggunakan lebuh raya atau tidak.

Justeru, pengguna jalan raya akan menerima beberapa pilihan kaedah pembayaran secara dalam talian pada masa akan datang, termasuk pembayaran menggunakan kad debit dan kredit.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here