PEMERKASA PLUS: Program Subsidi Upah RM600 Dilanjutkan Sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Untuk makluman anda, di dalam pembentangan bantuan sepanjang Kawalan Pergerakan Penuh “Total Lockdown” semalam 31 Mei 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin telah mengumumkan lanjutan bagi Program Subsidi Upah selama sebulan.

[BACA: eBelia: Cara Semakan & Penebusan RM150 Kredit eWallet Mulai 1 Jun 2021]

Program ini membabitkan sektor ekonomi akibat mengalami kesan ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dan yang telah membabitkan kos sebanyak RM1.5 bilion.

Beliau berkata perlaksanaan PKP 3.0 ini tidak dinafikan bahawa bakal memberikan kesan terhadap sebilangan besar rakyat terutama risiko kehilangan pekerjaan dan juga pengurangan pendapatan akibat daripada penutupan kebanyakan sektor ekonomi.

Dengan itu, beliau berkata kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Program Subsidi Upah di bawah Keselamatan Sosial (PERKESO) selama satu bulan yang dimana terkesan dengan kos RM1.5 bilion dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh kerajaan.

[BACA: PEMERKASA PLUS: Bayaran GKP Untuk Peniaga Dinaikkan Kepada RM1,500]

Katanya lagi di dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0, kerajaan menjangkakan seramai 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan akan mendapat manfaat.

“Majikan yang berdaftar dengan Pmabngunan Sumber Manusia Berhad akan menikmati pengecualian bagi pembayaran levu selama satu bulan pada bulan Jun ini”, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukan itu sahaja, menurutnya lagi pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran e-Latih secara percuma dan telah membabitkan lebih 400 modul dan kurses kemahiran.

[BACA: Mohon Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Belia Mei 2021]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here