Penat Beratur, Tiap Kali ‘Sales’ Mesti Personal Shopper Bolot Semua?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Peniaga diminta supaya melayan pelanggan secara sama rata berbanding mengutamakan Pembeli Peribadi (PS) semata-mata.

Ini berikutan terdapat aduan segelintir peniaga yang membenarkan PS memborong barang yang dibeli dalam kuantiti banyak tanpa memperdulikan pelanggan yang sedang menunggu giliran untuk membeli barang yang sama.

Terbaharu, tular sikap PS yang membeli dalam kuantiti banyak bagi mendapatkan hadiah cawan yang boleh diguna semula di sebuah premis minuman berjenama terkemuka, baru-baru ini.

Sebelum itu, jenama kopi terkenal itu menawarkan Edisi Terhad Cawan Guna Semula sempena Sambutan Ulangtahun ke 50 kepada 50 pelanggan pertama yang membeli minuman bersaiz besar pada 28 September lalu.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang pelanggan lain yang sudah lama beratur untuk membeli minuman di situ dengan hasrat untuk mendapatkan hadiah cawan yang sama.

“Kalau ada promo begini, sebaiknya hadkan setiap individu hanya boleh beli maksimum dua cawan saja. Ini tidak adil untuk pelanggan lain,” cadang seorang pelanggan, Ayie Ridza.

Pompous Bore@ZackAvaricious pula berkata sekiranya barang berkenaan adalah untuk dijual dan edisi terhad seperti gelas atau barang lain, PS ini membantu mereka yang tidak boleh membelinya sendiri pada masa itu.

“Bagaimanapun, sekiranya barang itu adalah percuma dan anda hanya perlu bayar untuk minuman itu saja seperti Cawan Guna Semula Percuma ini, keutamaan mestilah diberikan kepada mereka yang datang dan beratur untuk mendapatkannya.

“Kenapa tak hadkan setiap pelanggan dapat satu cawan percuma saja? Anda masih dapat untung kerana ramai pelanggan datang untuk minum setiap masa,” katanya.

[Baca Juga Mohon Geran Mikro Graduan Dan Belia, Bantuan Niaga Hingga RM100,000]

Peniaga kenalah fikir semula bagaimana nak buat peraturan lebih adil. Jangan sampai pelanggan kecil hati.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Pompous Bore@ZackAvaricious

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here