Penerima GKP Bakal Terima Bantuan Keluarga Malaysia, Ini Caranya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

erita baik buat anda diluar sana, untuk pengetahuan anda, bagi penerima Geran Khas Prihatin, bantuan tidak akan lagi dilanjutkan ke tahun hadapan.

[Baca selanjutnya: Bayaran Bantuan Covid-19 (BKC) Fasa 2 Mulai Esok, 25 November]

Akan tetapi, anda tidak perlu risau kerana semalam telah diumumkan oleh Menteri Kewangan mengenai penerima bantuan GKP akan menerima Bantuan Kelaurga Malaysia (BKM)

Penerima GKP Yang Layak Akan Terima BKM

Bagi penerima GKP yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40, akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan tanpa perlu membuat sebarang permohonan.⠀

Sebanyak RM8.2 bilion dana bantuan yang akan disalurkan kepada penerima GKP yang layak di bawah BKM pada tahun hadapan 2022 dan ini bakal memanfaatkan seramai 9.6 juta rakyat.

Bukan itu sahaja, bagi data penerima BPR dan BKC B4O bersama-sama dengan data daripada agensi Kerajaan yang lain seperti e-Kasih, bantuan JKM, dan penghuni Perumahan Awam serta Projek Perumahan Rakyat, juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM bagi memastikan tiada yang tercicir dari menerima bantuan.⠀

gkp bkm
gkp bkm

Tarikh Permohonan & Bayaran BKM

Untuk makluman anda, bagi permohonan baharu dan kemaskini BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 bagi memastikan mereka layak dan tiada di dalam pangkalan data kerajaan akan diberikan peluang untuk memohon.

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran BKM pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) di portal LHDNM atau kenyataan media di bawah:

FAQ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Dikongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua yang dikemaskini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi laman web BPR.

[Baca Selanjutnya: Pengeluaran KWSP: Petanda Had Umur Bersara Bakal Dinaikkan Hingga 70 tahun?]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Post

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here