Pengeluaran KWSP: Petanda Had Umur Bersara Bakal Dinaikkan Hingga 70 tahun?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Ada yang melahirkan kebimbangan bila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) keluarkan duit pencarum, adalah petanda had persaraan dinaikkan kepada 65 sehingga 70 tahun.

Kononnya kesannya, kuranglah peluang pekerjaan untuk graduan sebab yang senior ni belum pencen-pencen?

“Bila had umur persaraan dinaikkan bermakna peluang pekerjaan baru terhad, maka kadar pengangguran dalam kalangan graduan akan meningkat,” ciap seorang pengguna Twitter, Faris Ibrahim@abahlubna.

Ada pula yang bimbang kalau KWSP menaikkan kadar caruman kerana berpendapat ia akan membebankan majikan pula.

“Kalau ikutkan bila negara makin maju,sistem kesihatan meningkat,had persaraan pun meningkat contohnya Norway

[Baca Juga Mohon Bantuan One Off RM300 Penjaja, Peniaga Kecil November-Disember 2021]

“Tapi kita Malaysia ni kalau perasan dulu bersara 55, lepas tu ada yang kata kos sara hidup meningkat blabla.. duit bersara tak cukup, lepas tu terus naik 58 then 60 so standby je la,” katanya.

Gaji asas perlu dinaikkan

Seorang pengguna berpendapat, gaji asas sepatutnya dinaikkan bagi meningkatkan jumlah simpanan pencarum di hari tua tambahan pula kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Gaji overall perlu ditingkatkan leads to increased in tax revenue dan higher pension nak tampung living cost. Now with the rising of BNPL, shortage raw materials ada kerungsingan juga harga barang akan terus meningkat lagi,” kata @itstheKaza.

Bagaimanapun, Macija@RosehasnizaR berpendapat menaikkan gaji akan meningkatkan pengangguran.

“Menaikkan gaji minima juga salah satunya akan meningkatkan kadar pengangguran kerana kurangnya company yang mampu mengambil lebih ramai pekerja.

“Kesan baik buruk akan sentiasa ada untuk sesuatu keputusan. Tapi kalau damage tak terlalu teruk mungkin boleh dilaksanakan,”katanya.

Mahu bersara pada usia 55

Apa yang pasti, ramai yang enggan terus bekerja selepas usia mencecah 55 atau 60 tahun berikutan kebanyakannya berisiko mengalami pelbagai masalah kesihatan dan ingin menumpukan perhatian kepada ibadah.

 “Baik Stay untuk umur bersara 55 tahun ( bagi pilihan nak stay atau bekerja 2 – 3 tahun ) & Pengeluaran Kwsp tu tetap stay mcm biasa je ( bagi pilihan kat rakyat utk keluarkan),” kata SHAMMIM @SHAMMIM14

Cik Putih@CikPutih7, turut bersetuju bersara pada usia  55 tahun.

“Umur 55 dah wajib bersara dah. Ramai lagi anak-anak muda yang layak. Umur 65 -70 tu go out dah. Jangan kejar dunia sangat ilmu akhirat kurang. Ada rumah kereta wang sikit yang lebih pergi masjid. 65-70 tu masa beramal sebab muda bekerja keras .Harta sampai bila tak habis,” katanya.

Macija@RosehasnizaR, berkata tak semua orang berusia di negara ini memiliki kewangan kukuh selepas bersara sebaliknya ramai juga yang masih perlu bekerja.

“Baru-baru ni ada pakcik 60 lebih masih buat grab. Bukan harta tak habis tapi masih bekerja untuk kelangsungan hidup. Tak semua orang tua di Malaysia berharta,” katanya.

Jadi, anda pilih bila untuk bersara? Merancang masa tua daripada sekarang amat penting kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kelak.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Twitter Faris Ibrahim@abahlubna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here