Pengeluaran RM10k ‘One-Off ’KWSP, Rakyat Luah Rasa Kecewa Tiada Dalam Bajet 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Ramai yang luahkan rasa marah dan kecewa bila isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10k secara one-off tidak disentuh langsung dalam Bajet 2022.

Sebelum itu, harapan mereka tinggi apabila Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberi bayangan, perkara itu akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022, malah dikatakan Perdana Menteri sendiri sudah meminta isu itu diambil kira oleh Menteri Kewangan.

Rasa kecewa mula diluahkan rakyat sebaik pembentangan Bajet 2022 habis dibentangkan.

“Kami mahu KWSP membenarkan pengeluaran wang simpanan kami sebanyak RM10,000 secara terus, tak kiralah melalui i-Citra atau i-Bunga” kata seorang kakitangan swasta, Hussaini Amran.

Katanya, pengeluaran wang tersebut adalah penting untuk rakyat membina semula ekonomi mereka terutama golongan yang dibuang kerja.

Sementara itu, seorang kakitangan swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Nizam pula berharap kebenaran pengeluaran KWSP disentuh dalam pembentangan Bajet 2022, tetapi malangnya ia langsung tiada.

“Saya harap kerajaan dapat membuat pertimbangan semula mengenai perkara ini demi kelangsungan hidup rakyat terutama golongan berpendapatan sederhana yang kurang mendapat ‘habuan’ dalam bajet kali ini,” katanya.

Sementara itu, Asyraf Wajdi mengakui gagal menyakinkan kerajaan dan berharap Menteri Kewangan dapat memberi penjelasan tuntas dalam ucapan penggulungannya nanti mengapa tuntutan rakyat itu tidak dapat penuhi.

“Saya akui kegagalan untuk meyakinkan kerajaan betapa rakyat amat mengharapkan ­i-Citra KWSP sebanyak RM10,000 secara one-off bagi memulakan kehidupan baharu pascapandemik akibat terlalu banyak komitmen tertunggak.

“Pelbagai memorandum dengan segala justifikasi berpandukan rintihan rakyat yang benar-benar susah telah dikemukakan berkali-kali.

“Bahkan usaha-usaha melobi telah kami lakukan termasuklah kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selain siri-siri pertemuan dengan pengurusan tertinggi KWSP,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

“Namun, Pemuda UMNO tidak boleh ‘lepas tangan’. maka dokumen-dokumen Bajet 2022 akan diteliti dengan mendalam.

[Baca Juga BAJET 2020 : Cukai Khas Makmur One Off Untuk Syarikat Jana Pendapatan Tinggi]

“Pandangan, kritikan dan cadangan untuk penambahbaikan Bajet 2022 oleh Pemuda UMNO akan disampaikan kepada anggota pentadbiran kerajaan dan ahli-ahli Parlimen.

“Kami mahu manfaat sebenar Bajet 2022 akan sampai kepada rakyat dan memangkin kepada pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Teruskan berdoa semoga ada jalan bagi menyelesaikan masalah ini dan tekanan kewangan yang sedang dihadapi rakyat.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here