Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, selalu sahaja perkataan PENJANA berlegar-legar di dinding media sosial namun tahukah anda maksud sebenar dibalik dan manfaatnya kepada kita?
Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang dikenali sebagai Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA) telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin bagi membantu semula ekonomi negara untuk membangun dengan stabil.
Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA)Â telah diperkenalkan dengan tema Bersama Menjana Ekonomi. Ianya merangkumi 40 inisiatif termasuk yang baru serta penambahbaikan bernilai RM35 bilion sekaligus membuktikan kesungguhan pihak kerajaan untuk menjaga kebajikan setiap masyarakat.
Tiga Terus Utama PENJANA adalah:
- Memperkasakan Rakyat
- Melonjakkan Perniagaan
- Merangsang Ekonomi
Ini Antara Golongan yang bakal menerima bantuan dan manfaat dari PENJANA
[1] Golongan B40
- Skim PEKA B40 akan ditambah-baik untuk membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan
[2] Penganggur
- Di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja, akan ada insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja
- Di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja juga, akan ada insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas sebanyak RM1,000 sebulan bagi setiap pekerja
[3] Pekerja
- Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang
menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, tablet, komputer riba, dan tablet
daripada majikan (mulai 1 Julai 2020). - Geran sejumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan bagi
platform ekonomi gig, untuk pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana
Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan di bawah KWSP dengan sumbangan
caruman sehingga masing-masing RM162 dan RM250. - MDEC akan diperuntukkan sejumlah RM25 juta bagi program Global Online
Workforce (GLOW). Program ini bertujuan untuk memperkasakan
dan membimbing rakyat Malaysia sebagai pekerja digital
bertaraf global bagi menjana pendapatan dalam talian.
Majikan
- Program Subsidi Upah (PSU) untuk majikan sebelum ini adalah sebanyak RM600 sebulan untuk setiap pekerja. Maksima 200 pekerja bagi setiap syarikat. Kerajaan akan melanjutkan PSU selama 3 bulan lagi.
- Majikan dari sektor sektor pelancongan dan sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang dilarang sepanjang tempoh PKPB, juga boleh memohon subsidi upah dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran subsidi secara langsung.
[3] Orang Kurang Upaya (OKU)
- Di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja, akan ada insentif bagi menggaji penganggur golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
- OKU yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300. Bayaran bantuan akan diberikan sebelum Hari Raya Haji 2020.
[4] Ibu tunggal
- Ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300. Bayaran bantuan akan diberikan sebelum Hari Raya Haji 2020.
[5] Pengguna pengangkutan awam
- Kerajaan akan memperkenalkan pas perjalanan tanpa had berjumlah RM30 sebulan yang dikenali sebagai Program MY30 di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia