Penting, 5 Salah Faham Pemilik Perniagaan Enterprise Tentang Cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Ramai pemilik perniagaan mengalami kerugian sejak tahun lalu kesan pandemik Covid-19, namun ini bukan alasan untuk tidak membuat deklarasi cukai.

Setiap tahun sama ada rugi atau untung, deklarasi cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu dibuat.

Bagi perniagaan Enterprise, pendapatan perniagaan perlu dilaporkan kepada LHDN menggunakan Borang B?

Borang B – pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan diisi oleh individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan (tunggal) atau perkongsian (Enterprise).

[Baca Juga Cara Mohon Potongan Cukai Syarikat Sehingga RM50,000 ]

Niaga Kini nak kongsikan 5 Salah Faham Utama Pemilik Perniagaan Enterprise Tentang Cukai.

1. Bayar zakat banyak, tak perlu hantar borang cukai

Ramai peniaga beragama Islam sanggup bayar zakat yang banyak berbanding bayar cukai tetapi anda masih perlu membayar cukai.

Zakat perniagaan boleh mengurangkan pembayaran cukai, namun anda masih perlu hantar borang taksiran dulu. Tak buat taksiran cukai (tak hantar borang) anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tak kira anda bayar zakat banyak mana pun.

2. Perniagaan rugi? Tak Perlulah Hantar Borang Cukai

Tanggapan ini SALAH. Rugi atau tidak tetap kena hantar borang (Borang B). Kalau rugi patut kena hantar sebab ia boleh ditolak dengan untung masa hadapan.

3. Saya Berniaga Online… Tak Perlulah Daftar SSM & LHDN

Perniagaan online atau offline, ia tetap sejenis perniagaan. Semua perniagaan perlu berdaftar. Dropship pun sama. Kalau rajin update status gambar parcel pos laju menggunung dengan caption ‘Stok baru sampai, dah 5,000 orang order!’, memang saja la cari nahas kalau tak laporkan pendapatan tu.

4. Bila Daftar Dengan LHDN Nanti Kena Bayar Cukai

Selepas daftar dengan LHDN, anda perlu melaporkan pendapatan perniagaan. Belum tentu lagi anda akan kena bayar cukai. Pengiraan cukai tak sama macam penyata untung rugi kita. Kalau perniagaan rugi, kita tak perlu bayar cukai. Malahan rugi tersebut boleh dibawa ke tahun hadapan untuk ditolak dari untung tahun depan.

5. Semua Belanja Pemilik Perniagaan Boleh Tuntut

Bukan semua perbelanjaan anda boleh tuntut ya.Hanya yang berkaitan secara langsung dalam perniagaan sahaja. Selain daripada itu tidak dibenarkan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: RNow

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here