Permohonan Bantuan Makanan B40 Selepas Moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Bagi orang ramai yang terjejas dengan pekerjaan mereka di musim pandemik ini seperti kehilangan pekerjaan, golongan B40 dan diberikan cuti tanpa gaji oleh majikan, bolehlah memohon bantuan yang disediakan oleh Malakat Mall dan Yayasan Brainy Brunch iaitu bantuan berbentuk bekalan makanan.

Semakan Borang Permohonan Bantuan Makanan B40 Pasca Moratorium, Bekalan Makanan Boleh Dipohon oleh sesiapa yang memerlukan bantuan segera

Walaupun kes positif COVID-19 telah mula menurun, pengumuman khas mengenai lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana ia akan diteruskan. Ada banyak bantuan sekarang termasuk bpn bujang dan BSH. Selain itu….

Program Zero Hunger telah dilancarkan oleh pusat membelah belah bumiputera yang sedang meningkat naik iaitu Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch sepanjang isu tempoh kawalan pergerakan ini diumumkan kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana mencukupi untuk membeli makanan. Bantuan ini dialu-dialukan dengan segera untuk dipohon oleh orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit.

Satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch iaitu Zero Hunger yang bertujuan menyediakan makanan kepada kepada keluarga tidak berkemampuan dan memerlukan. Bagi membantu meringankan beban golongan B40, bantuan bernilai RM100 setiap satu diletakkan pada 1000 bakul yang kemudiannya akan diagihkan kepada keluarga berkenaan.

Selain itu, bagi mereka yang tidak mempunyai makanan langsung akan turut diberikan nasi bungkus yang sudah siap dimasak. Bagi memudahkan golongan B40 ini akses kepada bantuan tersebut, kaedah agihan dilaksanakan dengan mengenal pasti beberapa buah lokasi strategik untuk golongan sasaran.

Cara Permohonan Bantuan Makanan B40

Permohonan boleh diakukan melalui pautan yang disediakan di bawah, Bantuan Makan B40 ini boleh dipohon kepada golongan yang layak. Sila pastikan anda cukup kelayakan dan syarat yang ditetapkan.

PERKARA BUTIRANNYA
Borang Permohonan KLIK SINI

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Makanan B40

  1. Pendapatan Isi Rumah – Bekalan makanan yang tidak mencukupi dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500.
  2. Tanggungan Isi Rumah – Bilangan isi rumah yang tinggi
  3. Pekerja Cuti Tanpa Gaji – Pekerja mendapat notis bercuti tanpa gaji
  4. Hilang Punca Pendapatan Keluarga – Hilang punca pendapatan disebabkan masalah-masalah lain atau kena buang kerja
  5. Peniaga Pasar Malam – Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan
  6. Ibu Tunggal – Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.

Ramai lagi yang masih terkesan teruk Pasca PKP yang dijalankan sebelum ini. Mereka ini harus dibantu. Jadi ini adalah salah satu cara terbaik untuk membantu mereka.

Anda ada kenal keluarga B40? Pastikan anda kongsikan artikel ini di semua platform sosial anda supaya dengan perkongsian anda ini lebih ramai yang dapat manfaat dikala ramai yang diluar sana tiada bekalan makanan di rumah dek kerana terputus gaji dan pendapatan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini tentang perniagaan, bantuan, kerjaya, isu semasa dan keusahawanan.

Sumber: Sadaqah Market

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here