Permohonan e-Penjana RM50 Tidak Lulus? Ini Langkah Terbaik Yang Perlu Anda Lakukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Heboh di laman media sosial minggu ini apabila orang ramai berkongsi pengalaman mereka menebus RM50 kredit ePenjana daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang dipilih kerajaan.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa terdapat tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif itu ialah Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.

Tambahnya lagi, program berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak COVID-19 MySejahtera.

“Untuk memohon kredit, setiap pemohon mesti memuat turun salah satu dari tiga eDompet berkenaan serta memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Walaubagaimanpun, terdapat segelintir individu yang mendakwa bahawa mereka mengalami masalah permohonan tidak berjaya dan lambat diluluskan. Perkara ini didorong oleh beberapa faktor antaranya:

(a) Pemohon tidak menepati syarat-syarat kelayakan.

(b) Pemohon tidak mengemukakan maklumat yang lengkap.

(c) Atau kemungkinan terdapat kelewatan dalam mendapatkan kredit ePENJANA RM50 anda.

Justeru,  antara langkah yang boleh pemohon lakukan untuk menebus semula RM50 berkenaan adalah dengan menghubungi secara talian di bawah mengikut e-Dompet pilihan anda:

(a) Boost

– Telefon: +603-2260 9494

– E-mel: support@myboost.com.my

– Laman sesawang:

https://support.myboost.com.my/hc/enus/requests/new

(b) GrabPay

– Telefon: +603-2788 1300

– E-mel: epenjana@grab.com

– Laman Sesawang: https://help.grab.com/passenger/enmy/360045705731-ePenjana-(MY)

(c) Touch ‘n Go e-Wallet

– Telefon: +603-5022 3888

– E-mel: tngewalletcs@tngdigital.com.my

– Laman sesawang: https://tngd.my/careline-webform

Manakala sebarang rayuan dan pertikaian boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 September 2020 kepada penyedia perkhidmatan seperti maklumat pada di atas.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here