Permohonan i-Citra KWSP Diawalkan, Ini Cara Mohon, Semakan Dan Tarikh Pembayaran RM 5,000 Julai 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Niaga Kini ingin berkongsi maklumat berkaitan KWSP yang telah diperkenalkan kemudahan pengeluaran barunya.

[BACA: Ramai Rayu Operasi Kedai Buku Dan Gadjet Dibuka Walau Dalam Fasa Satu]

May be an image of 2 people, people standing, headscarf and text that says "KWSP EPF I-CITRA KWSP PERMOHONAN DIAWALKAN MULAI ESOK Pembayaran pertama dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Ogos 2021.. " NIAGA KINI f Niaga Kini www.niagakini.my"

Inisiatif ini dikenali sebagai i-Citra sebagai ganti kepada i-Sinar. Kemudahan ini diperkenalkan bagi memudahkan dan meringankan beban para pencarum ahlinya akibat terjejas yang teruk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

Cara Mohon i-Citra KWSP

Dibawah Niaga Kini akan menyenaraikan dan membimbing anda tentang cara untuk membuat permohonan bagi pengeluaran i-Citra tanpa perlu login ke i-Akaun. Buat masa ini, permohonan akan diawalkan pada 12 Julai.

1. Layari portal rasmi i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/

2. Masukkan nombor Mykad / MyPR dan lain-lain

Pilih kod nombor telefon bimbit yang tersenarai.

4. Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif.

5. Tekan butang TERUSKAN

6. Tunggu nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang          anda masukkan tadi.

7. Masukkan nombor OTP tersebut.

8. Tekan butang SAHKAN OTP

9. Jawab soalan keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan.

10. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra.

11. Langkah 1 : Amaun Pilihan, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum        RM 5,000.

  • Anda akan dapat lihat amaun kelayakan keseluruhan yang anda boleh keluarkan
  • Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.
  • Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum iaitu RM 5,000, tarik slider ke hujung sebelah kanan
12. Langkah 2 : Jadual bayaran. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000          sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan anda.
  • Anda boleh gerakkan slider yang bulat ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah bayaran untuk bulan pertama
  • Setelah pilih bayaran bulan pertama, anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya iaitu :
    • Bayaran bulan kedua, ketiga, keempat dan kelima
  • Tekan butang teruskan.
13. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan 
  • Isikan nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
  • Isikan nombor MyKad
  • Isikan nombor telefon bimbit
  • Isikan alamat email
  • Isikan alamat rumah
  • Isikan poskod
  • Isikan bandar
  • Pilih negeri
14. Teruskan cara mohon i-Citra ini dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran 
  • Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra online.
  • Masukkan nombor akaun bank (Simpanan/Semasa) yang dipilih tadi
  • Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif dan tiada ada sebarang kesalahan.
  • Tekan butang teruskan.
15.  Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan & Pembayaran 
  • Tick kotak Peralaun Terma & Syarat untuk persetujuan
  • Tick saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran online
  • Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
  • Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.
  • Contohnya, gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.
  • Jika tidak ada gambar, klik langkau
  • Pastikan pilihan semua selesai
  • Klik hantar.
16. Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima Kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>.
17. Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Citra anda.
18. Permohonan baru pengeluaran i-Citra tanpa i-Akaun kini sudah selesai.

Semakan Cara Mohon i Citra Kwsp Online

Semakan cara memohon i citra kwsp akan kami kemaskini dan update kepada anda tidak lama sahaja lagi.

PERKARA BUTIRANNYA
Semakan borang Permohonan i citra online dengan login sistem portal kwsp icitra.kwsp.gov.my (akan diaktifkan bermula 15 Julai 2021)
Tarikh buka permohonan i citra kwsp 15 Julai 2021
Tarikh tutup dan tarikh permohonan i citra kwsp 30 September 2021
Untuk pertanyaan lanjut / nombor hotline ataupun boleh terus tanya Ask ELYA di laman web rasmi KWSP 03-8922 4848
SUMBER info icitra kwsp gov my online: https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Permohonan i Citra Kwsp Login

akan dikemaskinikan untuk anda

Syarat Program i Citra Kwsp

Syarat kelayakan mudah sahaja.

  • Anda mesti merupakan pencarum kwsp yang sah
  • Semua pencarum kwsp di bawah 55 tahun dibenar untuk buat pengeluaran
  • Baki duit simpanan anda dalam akaun mestilah masih ada sekurang-kurangnya RM150 selum membuat pengeluaran ini
  • Setiap pengeluaran yang anda keluarkan, pastikan baki minimum adalah RM100 dalam akaun 1 anda
  • Anda mesti buat pengeluaran RM50 dan ke atas, maksimum pengeluaran adalah RM1000 setiap bulan

Jadual Pembayaran iCitra Kwsp

BULAN JUMLAH PEMBAYARAN
Pengeluaran bulan Pertama 1 (Ogos 2021) RM1000 maksimum
Pengeluaran bulan Pertama 1 (September 2021) RM1000 maksimum
Pengeluaran bulan Pertama 1 (Oktober 2021) RM1000 maksimum
Pengeluaran bulan Pertama 1 (November 2021) RM1000 maksimum
Pengeluaran bulan Pertama 1 (Disember 2021) RM1000 maksimum

Tarikh Bayaran i Citra Kwsp

Kami akan kemaskini tarikh pembayaran icitra kwsp yang bakal anda terima bila duit masuk dalam akaun bank anda pada setiap bulan dari bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2021

[BACA: Cara Mohon Moratorium B40, M40, T20 Untuk Semua Akaun Bank Julai 2021]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: MYPT3 & KWSP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here