Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2021 (SPZAS)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Berita baik buat anak Selangor, anda kini boleh memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2021 oleh semua pelajar IPT dalam & luar negara.

Untuk pengetahuan anda bantuan ini adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Dan bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara.

Sumbangan dana ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran dan permohonan hanya boleh buat sekali sahaja bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

Syarat Permohonan

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor IPT dalam negara hanya terbuka kepada pelajar semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:

  • Sijil
  • Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
  • Diploma/Diploma Lanjutan
  • Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
  • Ijazah Sarjana (Master)

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2021 IPT luar negara pula hanya terbuka kepada pelajar di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan serta Morocco yang melanjutkan pengajian di peringkat:

  • Ijazah Sarjana Muda

Kriteria Kelayakan

Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Ketua keluarga/penjaga lahir ahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon)
  5. Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco.
  6. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.

Asnaf fakir, miskin, muallaf dan Fisabilillah yang menerima tajaan pendidikan LZS tidak layak memohon SPZAS

Kadar Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan sebanyak RM700 (SPZAS IPT dalam negara) & RM2,500 (SPZAS IPT luar negara) bagi setiap peringkat pengajian seperti dinyatakan di atas.

Tarikh Dan Cara Permohonan

Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula 20 November 2021 jam 12.01 am dan akan tamat pada 20 Disember 2021 jam 11.59 pm secara atas talian di www.zakatselangor.com.my/spzas dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Dokumen fizikal permohonan tidak perlu diajukan kepada LZS.

Bagaimanapun permohonan akan ditutup sekiranya telah mencapai had peruntukan yang ditetapkan iaitu RM4,000,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM1,000,000 bagi SPZAS IPT luar negara.

Dokumen Diperlukan

Terdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  4. Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  5. Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini (Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  6. *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
  7. *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  8. Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
  9. Kad OKU (Jika Berkenaan)
  10. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
  11. Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)

Sebarang permohonan yang dihantar dengan maklumat/dokumen lampiran yang tidak lengkap akan ditolak.

Pemohon dinasihati agar menyemak semua maklumat, kiraan Haddul Kifayah dan dokumen lampiran dengan teliti sebelum menghantar permohonan.

Baca juga: Jumlah & Tarikh Pembayaran Fasa 2 BKC PEMULIH (Mulai 25 November)

Semakan Status Permohonan

Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.

Sekiranya permohonan masih dibuka dan terdapat permohonan yang dihantar dalam masa 5 hari sehingga sebelum tamat tempoh permohonan, Lembaga Zakat Selangor akan membuat pembayaran bagi permohonan tersebut selewatnya pada tarikh 20 Januari 2022.

Kaedah Bayaran

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang berjaya secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini atau layari laman sesawang LZS di http://www.zakatselangor.com.my/spzas

[Baca Selanjutnya: Pengeluaran KWSP: Petanda Had Umur Bersara Bakal Dinaikkan Hingga 70 tahun?]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Semakan online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here