PKP 3.0: 10 Cara Berkesan Untuk Peniaga Terus Survive

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Pengumuman PKP 3.0 baru-baru ini di tentunya membuatkan ramai rakyat Malaysia  keresahan.

Kini ditambah pula dengan SOP yang diperketatkan demi untuk mencegah penularan pandemik COVID-19.

[BACA: Tarikh Bayaran i-Sinar Jun, Cara Semak Tempoh Akhir Pembayaran 2021]

Hal ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan telah mengehadkan masa dan aktiviti jualan perniagaan mereka dalam mencari pendapatan harian.

Seperti yang anda sedia maklum, perlaksanaan PKP 1.0 dahulu menyebabkan pelbagai sektor terjejas akibat PKP Menyeluruh.

Kini apabila ekonomi masih belum kembali stabil seperti sedia kala, rakyat dikejutkan pula dengan peningkatan kes wabak Covid-19 yang semakin hari semakin tinggi kadar jangkitannya.

Dan keadaan ini menyebabkan PKP terpaksa dilakukan agar wabak ini tidak semakin berleluasa lagi dikalangan rakyat.

Tetapi persoalannya bagaimana pula dengan nasib yang rakyat hadapi?

Adakah ada diantara anda yang hilang pekerjaan dan menyebabkan putus punca pendapatan harian?

Dalam hal ini juga turut tak terlepas tumpuan juga diberikan kepada golongan Peniaga Industri Kecil dan Sederhana (PKS).

Niaga Kini akan berkongsikan beberapa perkara yan anda boleh lakukan demi meneruskan kelansungan hidup dan perniagaan anda di musim PKP ini:

1) Berniaga secara dalam talian

Terdapat ramai usahawan diluar sana meneruskan perniagaan mereka secara di atas talian ketika negara dikatakan PKP. Kaedah seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu bahkan ramai usahawan telah memanfaatkan kaedah ini. Antaranya adalah dengan mempromosikan produk jualan di platform digital seperti Shopee, Grab, FoodPanda dan platform e-hailing yang lain.

2) Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) menerusi Tekun Nasional (Tekun)

Inisiatif daripada kerajaan ini boleh dimanfaatkan oleh peniaga dimana terutama di bawah industri PKS. Hal ini bagi membantu mereka melonjakkan dan memulihkan kembali sektor ekonomi negara dengan salah satu caranya adalah dengan inisiatif Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) menerusi Tekun Nasional (Tekun).
Skim pembiayaan mikro ini dilihat dapat membantu ushawan yang terjejas akibat daripada wabak Covid-19 dalam fasa memulih dan memulakan semula perniagaan mereka yang sedia ada.

3) Tampil dengan cara baharu

Untuk pengetahuan semua, peniaga juga berhadapan dengan cabaran bagi memastikan produk jualan mereka kekal relevan. Oleh yang demikian, apabila PKP dilaksanakan banyak pemilik syarikat menggunakan pelbagai strategik jualan dan termasuklah cara pengiklanan yang kreatif. Hal ini bagi menarik pelanggan dari pelabagai sudut seperti platform media Instagram dan Tiktok.

4) Kemudahan Dana Bantuan Khas (SRF)

Penambahan sebanyak RM3 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada SRF. Hal ini bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas sepanjang pandemik Covid-19 ini.  Jumlah peruntukan menjadi RM5 bilion berbanding RM2 bilion sebelum ini dan dengan bantuan ini diharapkan agar peniaga PKS dapat memanfaatkan sepenuhnya.

5) Buka akaun Google My Business

Salah satu platform digital yang boleh dimanfaatkan oleh peniaga adalah Google My Business (GMB) kerana ianya adalah platform dimana pengiklanan secara percuma dengan enjin pencarian internet yang paling terkenal di dunia, Google.

Dengan GMB juga, pencarian bagi nama perniagaan anda akan berada di kedudukan teratas anda akan diberikan ganjaran. Platform ini juga dalam pada masa yang sama dapat membantu untuk memastikan nama perniagaan anda muncul di halaman pertama carian Google.

[BACA: Mohon Bantuan Pendaftaran SSM Percuma Semua Usahawan B40]

6) Pos sekerap mungkin dalam media sosial

Kajian mendapati seseorang itu banyak meluangkan masanya dengan media sosial sekurang kurnagnya 2 jam dan 22 minit sehari. Melihat kepada PKP yang dilaksanakan, tidak hairanlah lebih banyak yang meluangkan masa mereka dengan media sosial. Hal ini kerana ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk memaparkan perniagaan di media sosial.

7) Jalankan kempen pemasaran emel

Bukan itu sahaja salah satu terknik atau saluran pemasaran yang paling berkesan adalah kempen pemasaran melalui email. Selain daripada mendapat pulangan yang besar, pemasaran emel membolehkan perniagaan memberikan maklumat-maklumat penting kepada pelanggan mereka dengan kadar segera, lebih-lebih lagi di luar wantu operasi perniagaan.

8) Tawarkan perkhidmatan penghantaran segera

Salah satu cara berkesan untuk memastikan perniagaan sentiasa berdaya saing adalah dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama atau on-demand service.

9) Lakukan kolaborasi dengan pemain industri

Kolaborasi antara jenama membolehkan sesebuah perniagaan itu lebih dinamik dan menawarkan variasi kepada pengguna mahupun pembeli. Justeru, sekiranya peniaga ingin mengatur strategi dalam memastikan kemampanan syarikat, strategi seperti ini boleh diguna pakai.

10) Implementasikan cara pembayaran E-Wallet dan Cashback

Cara pembayaran juga berubah setelah PKP diimplementasikan. Ramai usahawan mengambil inisiatif untuk mentransformasikan perniagaan mereka, ini termasuk cara pembayaran.

Bagi pelanggan, apa yang dimahukan mereka ketika ini adalah medium yang lebih pantas dan mudah. Justeru, pembayaran secara digital, seperti E-Wallet dan Cashback reward dapat membantu dalam urusan pembayaran ketika norma baharu ini.

[BACA: Mohon Bantuan Pendaftaran SSM Percuma Semua Usahawan B40]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: AstroAwani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here