Ramai Dah Terima Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0, Semak Status Anda Di Sini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia menyatakan dalam satu sidang media bahawa bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan disalurkan ke akaun penerima secara berperingkat mulai 26 Oktober 2020.

Walaubagaimanapun sejak semalam ada beberapa individu mendakwa telah menerima bayaran berkenaan. Tambah individu berkenaan lagi, dia mengunakan akaun simpanan Bank Simpanan Nasional.

[BACA JUGA: Permohonan Bantuan Komputer Riba Buat Siswa B40 Kini Dibuka]

Dalam pada itu, Menteri Kewangan juga menjelaskan bahawa bayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah pangkalan data BPN.

Memetik laporan Sinar Harian,

“Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

“Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

[BACA JUGA: Mohon Bantuan Food Pack Asnaf & Golongan B40 Bernilai RM100]

Tambah beliau, penerima pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, BPN 2.0 akan dibayar sekaligus bermula Januari 2021 dengan bayaran tunai dibuat di lokasi yang bakal diumumkan kelak.

Cara Semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.o

[1] Klik link ini: Semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.o

[2] Masukkan nombor kad pengenalan & tekan semak

Kongsikan info bermanfaat ini di semua platform sosial anda agar lebih ramai tahu tentang Bantuan Nasional Prihatin 2.0 ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Bantuan Prihatin Nasional

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here