Ramai Dah Terima Bayaran i-Sinar Mei, Ini Cara Untuk Semak Tarikh Duit Masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Baru sebentar tadi Niaga Kini dimaklumkan mengenai pembayaran i-sinar yang telah dikreditkan ke dalam akaun pemohon.

JUsteru, pastinya ada diantara anda yang tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar bayaran i-Sinar bakal dikreditkan ke akaun bank pada bulan Mei.

[BACA: Bukan Setakat Shopping, Bayar Zakat Fitrah Pun Boleh Di Shopee]

Hal ini kerana khususnya sambutan Hari Raya bakal di sambut tak lama lagi dan pelbagai persiapan yang perlu dilakukan.

Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Mei

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KWSP sendiri mengenai bayaran i-Sinar pada bulan Mei akan dibuat mulai 3 Mei secara berperingkat sehingga pada 11 Mei 2021.

isinar bulan Mei

Pembayaran i-Sinar adalah dalam masa hari bekerja dan bergantung juga kepada pihak bank masing-masing.

isinar bulan mei

[BACA: Tarikh Pembayaran i-Sinar Mei 2021, Ini Cara Semak Status Masuk]

Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:

  • tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari, dan bulan Mac dan April juga pada 6 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • sebelum akhir bulan berkenaan

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar Selepas Membuat Pindaan

Bagi anda yang sudah lulus membuat pindaan amaun i-Sinar, akaun anda akan kembali Active dan mempunyai Recurring Date sehingga Julai.

(contohnya, sebelum ni akaun dah expired sebab KWSP dah bayar habis dah jumlah yang dipohon).

Cara buat semakan di i-Akaun boleh rujuk seperti di bawah:

Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Mei 2021

Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar April dan bulan seterusnya, sila rujuk langkah di bawah:

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  5. Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar
  6. Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah

isinar bulan April

Bagi yang belum ada i-Akaun KWSP, anda boleh mendaftar dengan merujuk step-by-step di sini: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semak Penyata & Mohon Pengeluaran

Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia).

[BACA: Mohon Bantuan Khas Usahawan, Ibu Tunggal Dan Belia B40]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjapkanntuhgan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Post

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here