Ramai Harap Pengeluaran KWSP 2.0, Ini Perkara Penting Anda Perlu Tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Banyak komen-komen di posting media sosial yang mula meneka-neka adakah kerajaan akan membenarkan semula pengeluaran KWSP 2.0?

Dalam keadaan ekonomi semasa pasca pandemik ini, sana-sini rakyat masih mengeluh tidak cukup duit. Ada yang menunggu masa dihalau dari rumah kerana tidak mampu membayar tunggakan sewa.

Bukan semua orang ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga membolehkan mereka mengeluarkan i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas RM 10,000 baru-baru ini.

Selepas mendapat wang KWSP sebanyak RM 10,000, ada yang mula tarik muka masam.

Ini kerana, wang tersebut semakin kering disebabkan menyambut hari raya serba-serbi baharu. Ada yang seronok beli barang kemas dan ada yang guna duit tersebut untuk membayar hutang adik-beradik mahupun syarikat pinj@man wang..

Sebenarnya bukan salah berbelanja duit KWSP tersebut tetapi biarlah ukur baju di badan sendiri. Sebaiknya duit RM 10,000 tersebut dijadikan modal membeli aset barang seperti barang kemas dan menyertai bidang perniagaan secara dalam talian sama ada menjual barang atau buat drop ship.

Mengapa harus dibazir duit KWSP tersebut seolah-olah tidak esok dan lusa agaknya ?

adakah tergamak buat kempen untuk keluar lagi duit KWSP hingga menyebabkan tujuan asal kewujudan skim tersebut dilupakan ?

Sememangnya di zaman orang kaya semakin kaya, orang susah semakan susah ini, kita harus banyak bermuhasabah sebelum bermuamalah agar tidak ditimpa musibah.

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  UTUSAN MY, KERJA SEMASA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here