Ramai Masih Keliru Pembahagian Wang KWSP, 6 Perkara Penting Perlu Anda Tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Isu pembahagian duit simpanan KWSP kini kian menjadi isu dikalangan ahli KWSP sendiri atau penema.

[BACA: i-Citra KWSP: Cara Mohon, Semakan Dan Tarikh Pembayaran RM 5,000 Julai 2021]

Niaga Kini ingin berkongsi sedikit info berkaitan isu ini. Bagi mereka yang kematian suami dan merupakan menjadi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), isteri tidak berhak ke atas wang simpanan tersebut walaupun menjadi penama yang didaftarkan oleh suaminya sendiri.

Mengikut hukum syariah, wang simpanan KWSP suami merupakan harta pusaka miliknya. Wang tersebut perlu difaraidkan kepada adik-beradik (waris) setelah menyelesaikan segala hutang-piutang dahulu.

Bagi menjawap soalan-soalan ini:

  1. Bagaimana hak isteri sebagai penama mutlak ke atas simpanan KWSP suaminya?
  2. Adakah pembahagian harta mengikut hukum faraid tetap mengutamakan adik-beradik walaupun si mati mempunyai anak lelaki sebagai waris keluarga?
  3. Adakah wang KWSP yang dihibahkan masih lagi tertakluk kepada hukum faraid?

Pihak KWSP telah mengusakan kaedah pengurusan wang simpanan bagi ahli mereka supaya dapat memudahkan urusan jika berlakunya kematian ahlinya. KWSP juga telah menyediakan borang dengan menyatakan tugas penama.

Untuk pengetahuan anda penamaan adalah satu pengisytiharan secara bertulis yang dibuat bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai benefisiari atau wasi/pentadbiran (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP apabila ahlinya itu meninggal dunia.

Penamaan ini adalah bertujuan untuk membolehkan adli KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang Islam) simpanan tersebut dengan segera tanpa mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. Penamaan itu berkuat kuasa pada tarikh borang penamaan diterima di mana-mana pejabat KWSP.

Peranan terhadap penama adalah sebagai wasi sahaja dan bukannya harta hibah, harta pemberian atau harta wasiat kepada individu yang dilantik. Jika wang simpanan tersebut diletakkan sebagai harta hibah atau harta wasiat, maka hendaklah memenuhi syarat seperti yang termaktub di dalam undang-undang Islam.

Ianya juga hendaklah ditadbir dan diuruskan oleh individu yang telah diberikan hak oleh undang-undang yang menghantar surat perintah pembahagian supaya penama mengeluarkan wang itu dari institusi kewangan dan disertakan sekali bersama-sama panduan pembahagian harta pusaka berdasarkan faraid (sijil faraid), seterusnya membahagikannya kepada semua ahli waris yang berhak mengikut kadar yang ditentukan.

Penama hendaklah menulis surat kepada pihak berkenaan jika penama sendiri enggan mengeluarkan harta tersebut dan meminta Pegawai Penyelesai Pusaka atau Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pemegang Amanah Raya untuk menguruskannya mengikut faraid.

Pihak berkenaan akan membahagikan faraid melalui surat tersebut. Masalah yang berkemungkinan timbul adalah penama yang mengeluarkan sendiri harta itu tetapi enggan membahagaikan kepada ahli waris yang berhak mengikut hukum faraid. Dia boleh bertindak sedemikian.

Jika diteliti dari sudut undang-undang Islam, bagi seseorang Muslim hendaklah menjaga dan menguruskan amanah dengan baik. Hal ini kerana untuk memelihara kesejahteraan dan menghindari kemudaratan.

individu yang layak untuk menguruslan harta atau mempunyai keahlian yang sempurna menurut syarak ialah individu yang sempurna akal, sejahtera jiwanya, tidak membazirkan harta, mampu menguruskan harta dengan baik serta sihat tubuh badannya. Perkara ini supaya tidak mengganggu keupayaan semasa di dalam menguruskan harta tersebut.

Setelah penama mendapat haknya daripada simpanan KWSP tersebut, penama atau isteri wajib untuk membahagikan wang tersebut kepada waris yang layak seperti yang telah diperintah oleh mahkamah syariah melalui permohonan sijil faraid.

Bagi ahli yang meninggalkan isteri dan anak tidak disenaraikan sebagai waris yang layak menerima harta pusaka tersebut. Oleh yang demikian, amat penting bagi ahli untuk mendapatkan sijil faraid dari Mahkamah Syariah. Hal ini kerana ianya bertujuan untuk menentukan waris yang berhak ke atas pusaka tersebut.

Ada kemungkinan ketika kematian, berlakunya perubahan kedudukan waris sama ada daripada kalangan waris yang meninggal dunia lebih dahulu daripada penyimpan KWSP berkenaan. Oleh hal seperti ini lah, ianya perlu ditentukan oleh pihak Mahkamah Syariah sendiri.

Bagi hibah pula bermaksud pemberian milik sesuatu tanpa balasan ketika hidup yang dibuat secara sukarela. Untuk pengetahuan anda Hibah berbeza dengan wasiat. Hal ini kerana pemilikan di dalam wasiat berlaku selepas kematian. Hibah juga berbeza dengan jual beli kerana pemilikan di dalam hibah tanpa memerlukan balasan sedangkan jual beli memerlukan balasan.

Pemberian secara hibah adalah sah mengikut hukum syarak dengan adanya ijab dan qabul yang dilakukan. Pemberian secara hibah itu berkuat kuasa serta-merta apabila sempurna semua rukun dan syaratnya. Ianya juga tidak dapat ditarik balik kecuali hibah tersebut merupakan daripada ibu bapada kepada anak-anaknya.

Apabila harta tersebut telah dihibahkan, automatik ianya akan terkeluar daripada pembahagian harta secara faraid. Hal ini kerana pemilikan harta itu berpindah kepada penerima hibah dan bukannya lagi berada di dalam senarai harta si pemberi.

Hal ini merujuk semula kepada hibah wang KWSP yang telah dihibahkan, ianya akan tidak termasuk di dalam konsep hibah yang diharuskan oleh syarak. Jika dihibahkan juga, maka penerima masih tidak dapat memiliki wang tersebut kerana ianya hanya boleh dikeluarkan selepas berlaku kematian si pemberi. Jika berlakunya kematian, wang tersebut menjadi harta pusaka si mati dan bukannya milik si penerima hibah tersebut.

[BACA: Bantuan Usahawan Dan Wanita Bekerja Sendiri RM163 Sebulan]

Apa pendapat anda?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here