Rezeki Terpijak, Beli Barang RM63 Je Tapi Dapat Proton X70

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Berbelanja hanya RM63 je, berpeluang bawa balik Proton X70 yang diidam-idamkan selama ni.

Inilah tuah 3 individu yang membawa pulang kereta Proton X70 Executive 2WD bernilai RM107,000 selepas membeli belah di pasaraya Mydin.

Asma Bt Abdul Ghani (Mydin Taman Batik), Leherra Parven Binti Naseer Khan (Mydin Bukit Mertajam) dan Nik Mohd Yusri Nik Harun (Mydin Subang Jaya), diumumkan sebagai pemenang Hadiah Utama Peraduan MyDebit Je dengan kad ATM anda dan Menang!

[Baca Juga Jangan Beli Rumah Harga RM300k Jika Gaji Bawah RM3.5k, Kenapa?]

Peraduan itu dianjurkan sejak 20 Ogos sehingga 31 Disember 2020 yang turut menawarkan pelbagai lagi hadiah termasuk bekalan pasaraya untuk 1 sehingga 2 tahun bernilai RM6000 sehingga RM24,000 serta hadiah mingguan berupa baucer bernilai RM150.

Pertandingan itu memerlukan peserta berbelanja sekurang-kurangnya RM63 dan keatas dalam satu resit dengan Kad ATM, ambil gambar resit dan hantar melalui whatsapp di 011-26119785. Mydebit je dengan MYDIN!

Hadiah disampaikan oleh Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Berhad pada majlis yang dianjurkan semalam.

Matlamat utama pertandingan itu adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelanggan mengenai inovasi pembayaran tanpa sentuh dan tanpa tunai, terutama ketika berdepan pandemik Covid-19.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here