SAVE 3.0: 4 Cara Tebus e-Rebat RM400 Barang Elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Untuk pengetahuan anda, Program SAVE 3.0 telah menyediakan nilai e-rebat yang boleh ditebus sehingga RM400 dengan menawarkan lebih banyak pilihan peralatan elektrik.

Terdapat 1,400 premis perniagaan yang berdaftar meliputi premis fizikal serta platform e-dagang menawarkan pembelian menggunakan baucar rebat berkenaan – Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Katanya lagi, berdasarkan data terkini, inisiatif melalui program SAVE ini akan memberi manfaat kepada 80,000 isi rumah dan jumlah itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Niaga Kini akan kongsikan dibawah tentang maklumat lanjut berkaitan baucar rebat SAVE 3.0 yang boleh ditebus oleh anda mulai 7 Januari 2022..

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang baucar rebat SAVE 3.0 yang boleh ditebus oleh orang ramai mulai 7 Januari 2022.

Apakah Rebat SAVE 3.0?

Bagi anda yang masih tidak mengetahui program ini, SEDA Malaysia di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) akan menawarkan baucar rebat sehingga RM400 untuk pembelian barangan elektrik.

Setiap ketua isi rumah yang layak boleh memohon dan mendapatkan baucar mengikut kelayakan sehingga RM400 semasa membuat pembelian di premis terpilih atau melalui platform online seperti Lazada, Shopee dan PGMall.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:

  1. Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
  2. Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  3. Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  4. Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
PENGGUNA AKAUN ELEKTRIK DOMESTIK BERDAFTARSAVE 2.0
(2021)
SAVE 3.0
KATEGORI 1
SAVE 3.0
KATEGORI 2
Peralatan ElektrikPeti Sejuk atau Penghawa Dingin;Peti Sejuk atau Penghawa Dingin;Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.
PENGGUNA ATelah menebus
SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021
x/
PENGGUNA BTidak menebus
SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021
//
PENGGUNA CTidak menebus
SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021
Telah menebus
SAVE 3.0 e-Rebate pada
early 2022
/
(Masih boleh menebus Kategori 2 pada bila-bila masa dalam tahun 2022)
PENGGUNA DTidak menebus
SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021
/
(Masih boleh menebus SAVE 3.0 Kategori 1 apada bila-bila masa dalam tahun 2022)
Telah menebus
SAVE 3.0 e-Rebate pada awal 2022

Cara Tebus Rebat SAVE 3.0

Program SAVE 3.0 berbeza denganProgram SAVE 2.0 yang terhad kepada alat penyaman udara atau peti sejuk dengan nilai rebat sebanyak RM200.

Manakala Program SAVE 3.0 menyediakan nilai e-rebat yang boleh ditebus hingga RM400 dengan menawarkan lebih banyak pilihan peralatan elektrik.

erdapat dua kategori peralatan di bawah program ini iaitu kategori satu membabitkan peti sejuk dan penyaman udara, manakala kategori dua iaitu televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi.

Untuk menebus baucar, sila ke pautan berikut:

  1. Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
  2. Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
  3. PGMall: https://www.pgmall.my/
  4. Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)

Cara penebusan melalui Shopee boleh dirujuk melalui langkah di bawah:

Rebat Bantuan Bencana Banjir (R3B) RM500

Jika anda merupakan salah seorang mangsa yang terjejas akibat banjir, anda boleh menebus baucar tambahan RM500 lagi di platform online yang terlibat iaitu Shopee, Lazada dan PGMall atau Senarai Kedai Berdaftar yang mengambil bahagian melalui Rebat Bantuan Bencana Banjir (R3B) !

Bantuan ini merupakan inisiatif oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa banjir melalui pemberian rebat sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di Kedai Berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.

Pemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik (Bantuan Bencana Banjir) ini akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta).

SYARAT KELAYAKAN

Untuk mendapatkan Rebat Bantuan Bencana Banjir (R3B) RM500 ini, anda mestilah:

  • Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
  • Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM-ST.

CARA PENEBUSAN REBAT BANTUAN BENCANA BANJIR R3B RM500

Berikut dikongsikan caranya:

Pemohon hanya perlu mempunyai atau membawa tiga (3) dokumen berikut:

Salinan kad pengenalan;
Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah; dan
Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salah satu salinan asal laporan daripada agensi berikut):
– Polis;
– NADMA;
– Pegawai Daerah;
– Surat sokongan dari Ketua komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atau
– Agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti info terkini di pautan berikut

ATAU media sosial Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like, Follow Facebook, Instagram & Tiktok Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kewangan, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Post

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here