Untuk makluman semua, semakan status kelulusan bagi rayuan BPR kini boleh dibuat mulai 18 September 2021 di Portal BPR.
[BACA JUGA: BPR Fasa 3: Tarikh Pembayaran & Jumlah Bayaran Kategori Bujang & Keluarga]
Menurut sumber dari kenyataan rasmi Menteri Kewangan sendiri, Semakan boleh dibuat di laman rasmi bpr iaitu di:
Anggaran peruntukan yang Kerajaan sediakan adalah sejumlah RM240 juta yang mana telah melibatakan hampir 200 ribu penerima BPR. Untuk pengetahuan anda, bayaran akan mulai dikreditkan ke dalam akaun anda yang mana telah didaftarkan kepada pihak BPR semasa membuat permohonan rayuan BPR pada penghujung September 2021 bersama dengan penerima bayaran BPR Fasa 3

Bukan itu sahaja, katanya kerajaan telah membuat kemaskini berkaitan data, bagi golongan B40 yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui permohonan rayuan BPR pada 15-30 Jun yang lalu.
Bagi permohonan rayuan ini telah disemak dan dipastikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.
Melalui bantuan ini, kerajaan berharap agar dengan inisiatif diebrikan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat menampung dan menguruskan perbelanjaan penting mereka.
Kerajaan juga telah memberikan peluang kepada golongan yang lulus rayuan BPR untuk menyertai Program Jaringan Prihatin.
Oleh yang demikian, tarikh akhir bagi pendaftaran dan penebusan program ini akan dilanjutkan sehingga 30 September 2021. Perlanjutan ini juga selaras dengan situasi semasa dan akan memberikan ruang dan masa pada mereka yang perlu untuk mendaftar dna menebus telefon mereka di kedai secara fizikal.
Di bawah Niaga Kini kepilkan sekali ringkasan jumlah pembayaran dan tarikh bayarn tunai Kerajaan pada tahun 2021:
[BACA JUGA: “Bukan Seperti Dulu Lagi..”Individu Kongsi Fakta Penting Moratorium Ramai Tak Tahu]
Kod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2
Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:
- 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
- 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
- 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
- 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
- 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
Tarikh Permohonan Rayuan
Bagi mereka yang ingin membuat rayuan BPR, tarikh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 Jun sehingga 30 Jun 2021.
Kategori Layak Membuat Rayuan
Terdapat hanya 2 kategori pemohon yang layak membuat rayuan BPR iaitu:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan, dan perubahan pendapatan sahaja.
Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Sokongan
Bagi pemohon yang ingin membuat rayuan, mereka perlu menghantar dokumen sokongan berdasarkan kod alasan tidak lulus iaitu:
Kod | Alasan | Dokumen Sokongan Diperlukan |
01 | Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama/Nombor Pengenalan/Status Kewarganegaraan | MyKAD Pemohon |
02 | Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | MyKAD/MyPR/MyKAS Pasangan |
03 | Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | -MyKAD/MyKID Anak; dan – Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan) |
04 | Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon/Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | -MyKAD/MyKID Anak; dan – Sijil Lahir Anak Angkat (bagi pengesahan status Kewarganegaraan) |
05 | Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan | Dokumen Pengenalan Pasangan |
06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang | – Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas |
07 | Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa | Pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi tahun 2020/2021 |
08 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/Pasangan melebihi RM5,000 | Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. |
09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM2,500 | Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. |
10 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi | Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. |
11 | Pemohon/pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian | – Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021; atau – Sijil Pendaftaran Perniagaan sekiranya tidak lulus disebabkan pemohon dan pasangan mempunyai perniagaan yang sama. |
12 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad | Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021. |
13 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad | Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021. |
14 | Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian | Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021. |
15 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan pemohon/pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) | – Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau – Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan |
16 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) | – Dokumen penukaran hak milik kenderaan; atau – Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan |
17 | Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000 | Tidak perlu sebarang pembuktian Pemilikan Hartanah/Pembelian Saham Hartanah kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia |
18 | Pemohon tidak menetap di Malaysia/bekerja/belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi | Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia |
19 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian | – Penyata KWSP pemohon bagi tahun 2020 (jika terdapat potongan satu bulan dalam tahun 2020, boleh dipertimbangkan); atau – Penyata Pendapatan Tahunan pemohon (EA / EC) tahun 2020 yang dikeluarkan oleh majikan di Malaysia; atau – Bil utiliti bagi tahun 2021 atas nama pemohon. |
20 | Semakan mendapati anak pemohon/pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi | Tidak layak rayuan BPR 2021 kerana anak berpendapatan tinggi dan telah membuat tuntutan pelepasan cukai untuk ibu bapa. |
21 | Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain | Status Kahwin– MyKAD Pemohon; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban) – Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan) |
22 | Pemohon wujud sebagai anak di permohonan lain | Sijil Lahir Pemohon |
23 | Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lain | Status Kahwin– MyKAD Pemohon; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban) – Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan) |
24 | Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lain | Status Kahwin– MyKAD Pemohon; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban)Status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda– Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi@ Ketua Kaum selain Kaum Iban) – Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan) |
25 | Pasangan wujud sebagai anak di permohonan lain | Sijil Lahir Pasangan |
26 | Anak telah membuat permohonan lain | Anak berkenaan tidak layak dipertimbangkan |
27 | Anak wujud sebagai pasangan di permohonan lain | Anak berkenaan tidak layak dipertimbangkan |
29 | Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan | -MyKAD Pemohon; dan – MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban) |
30 | Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap | -MyKAD Pemohon; dan – MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban) |
31 | Status perkahwinan perlu pengesahan | – MyKAD Pemohon; dan – Sijil/Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban) |
32 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan | – Sijil/Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara/Majlis Anak Negeri Sabah/Pejabat Daerah Sarawak/Pejabat Residen Sarawak/JAKOA/Tuai Rumah/Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan – Sijil Lahir Anak (jika melaporkan maklumat anak dalam permohonan) |
33 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan | – Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; dan – Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan); atau – Sijil Perkahwinan (pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia) |
35 | Anak meninggal dunia | Anak berkenan tidak layak dipertimbangkan |
36 | Pemohon/pasangan penerima GKP | Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat perniagaan kerana semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia |
37 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM5,000 termasuk perniagaan | Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021 |
38 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan | -Slip gaji Mac/April 2021; atau – Akuan pengesahan pendapatan. |
39 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan termasuk perniagaan | Pengesahan pendapatan– Slip gaji Mac / April 2021; atau – Akuan pengesahan pendapatanPengesahan pemilikan perniagaan– Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021 |
Apa pendapat anda?
Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.
Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini
Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.
Sumber: Kenyataan Rasmi Kementerian Kewangan