SemarakNiaga: Cara Mohon Pembiayaan Tanpa Faedah, Moratorium 12 Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Bagi meringankan beban peniaga informal dan mikro, kerajaan menyediakan pembiayaan mikro kredit bernilai RM1.8 bilion menerusi pelbagai agensi.

[BACA JUGA: Belanjawan 2022: Senarai Penuh Bantuan Kewangan Untuk B40, Peniaga & Rakyat.]

Lebih menarik, pembiayaan berkenaan diberikan tanpa dikenakan kadar faedah (0%) dan moratorium selama 12 bulan.

Antara agensi yang terbabit adalah Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN), Agrobank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata perlunya akses kepada pembiayaan tanpa faedah disediakan terutamanya bagi membantu peniaga kecil.

“Dengan itu, Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di bawah TEKUN akan menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 pada kadar faedah sifar peratus berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberikan kepada peniaga sektor informal dan mikro.

“Selain itu, BSN dan Agrobank juga akan menawarkan pinjaman mikro sehingga RM75,000 pada kadar sifar peratus untuk enam bulan pertama berserta kemudahan moratorium sehingga enam bulan,” katanya.

Pembiayaan itu diberikan dibawah peruntukan sebanyak RM40 bilion bagi Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (Semarak Niaga) untuk membantu usahawan perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

Semarak Niaga merangkumi bantuan pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here