Serabut Inbox Penuh? 4 Step Padam Lambakan E-mail Secara Serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Rimas betul dengan beribu-ribu e-mel yang berkumpul dalam inbox Gmail ni, kan?

Kebanyakannya pula yang tak penting seperti promosi, notifikasi daripada app dan sebagainya. Kalau nak padam satu-satu memang jenuh jugalah.

Makin susah kita nak cari e-mel yang penting jika Inbox penuh dengan perkara yang tak penting.

Kalau nak tahu, sebenarnya ada cara mudah untuk anda padam lambakan e-mel yang tak diperlukan sama ada yang sudah dibaca atau tidak.

Jom kita semak caranya!

Cara padam e-mel
  1. k padam semua e-mel yang telah dipilh.

Kredit Foto : businessinsider.com

Cara Padam E-mel Promosi yang Dihantar ke Gmail

E-mel promosi biasanya dihantar oleh syarikat kepada pengguna berdaftar bagi mempromosikan produk.

Secara automatik, e-mel ini akan masuk ke tab ‘Promotions’.

Untuk memadam semua e-mel ‘Promotions’, ikuti langkah berikut :

1. Log masuk ke akaun Gmail anda.
2. Tekan tab ‘Promotions’ pada bahagian atas, bersebelahan tab ‘Social’.
3. Kemudian, ‘tick’kan kotak kecil untuk pilih semua e-mel.
4. Kemudian tekan ikon tong sampah untuk padam semua.

Tips Penting : Untuk padamkan e-mel daripada penghantar spesifik, taipkan “from:(alamat e-mel penghantar:read) dan ikuti langkah yang sama untuk memadamkan e-mel.

Tersalah Delete E-mel? Jangan Risau, Masih ada di Trash

Jika anda terpadam e-mel yang penting, anda boleh cari semula di bahagian ‘Trash’ yang terletak di bahagian menu sebelah kiri. Jika tidak jumpa, tekan butang ‘More’.

Semua e-mel yang anda sudah padam akan kekal di situ selama 30 hari sebelum dihapuskan daripada akaun anda.

Mudah bukan untuk ‘declutter’ semula akaun Gmail anda?

Dengan cara padam semua e-mel yang tak penting begini, barulah kita rasa lega sikit dan kurang berserabut.

Kalau tersalah padam pun tak mengapa, anda masih boleh cari semula di Trash sebelum semua e-mel di situ hilang dalam masa sebulan akan datang.

Selamat mengemaskini akaun Gmail anda dan semoga tips ini bermanfaat buat anda!

[BACA JUGA: 10 Rahsia Cipta CTA Padu, Tarik Audience Ke Website, Emel dan Iklan And]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber rujukan:Sumber: How to mass-delete all your emails on Gmail at once
https://www.businessinsider.com/how-to-delete-all-emails-on-gmai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here