Susu, Roti Canai, Teh Tarik, Restoran Mamak Bakal Naik Harga, 3 Fakta Anda Kena Tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Presiden Presma (Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia) menyatakan, ahli mereka masih belum menaikkan harga buat masa ini.

Namun, dengan harga barangan yang semakin meningkat, mereka mungkin melihat untuk meningkatkan sekitar 10% harga jualan.

Beberapa media melaporkan bahawa pemilik restoran mamak akan meningkatkan harga jualan untuk roti canai dan juga teh tarik.

Hal ini disokong oleh laporan dari akhbar The Sun yang menjangkakan harga produk terbabit mungkin naik sehingga RM2.20, sementara teh tarik mungkin berharga mencapai RM2.50.

Sementara itu, harga tepung 25kg yang berharga RM49.90 pada Januari lepas kini dijual pada harga RM62.90 manakal harga marjerin pula telah meningkat daripada RM85 kepada RM100.

Berbicara mengenai kenaikan harga, Dutch Lady Milk Industries turut memberi amaran bahawa lebih banyak kenaikan harga mungkin akan berlaku kepada pengguna apabila inflasi kos terus melonjak.

Mengikut perincian, ketidakseimbangan bahan mentah yang berlaku di peringkat global telah menyulitkan komiten Dutch Lady dalam menyajikan produk berkhasiat pada harga berpatutan untuk pengguna, disamping menjaga kepentingan pemegang saham pada aspek keuntungan.

Buat masa ini, Dutch Lady masih berusaha mengekalkan harga produk pada paras yang sama dan memantau pasaran.

Akan tetapi sebarang kemungkinan kenaikan harga dilihat berpotensi berlaku, jika situasi berterusan memberi tekanan kepada industri.

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  The Sun, Rnggt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here