Tak Perlu Mohon, Cara Tuntut Bantuan B40 RM 700 Online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Tahukah anda ada satu lagi bantuan kewangan dikenali sebagai MySalam disediakan untuk kemudahan kesihatan anda yang berpendapatan rendah?

MySalam adalah skim takaful perlindungan kesihatan percuma disediakan menerusi Dana Amanah MySalam yang membolehkan mereka yang layak menerima bantuan RM700.

Mereka yang berpendapatan rendah boleh menikmati insiatif ini bagi mendapatkan penjagaan kesihatan yang baik dan sempurna.

Niaga Kini nak kongsikan maklumat mengenai MySalam dan manfaatnya kepada golongan yang memerlukan.

[Baca Juga Lelaki Ini Kongsi 5 Tip Simpan Duit RM12k Dalam Masa 3 bulan]

Manfaat MySalam:

  • menerima bayaran RM 8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan
  • menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 setahun

Syarat kelayakan untuk menerima bantuan MySalam:

  • Berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
  • Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM 24,000
  • Individu OKU berumur antara 18 sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM 24,000 setahun

Cara daftar MySalam:

Anda tidak perlu membuat pendaftaran untuk memohon kerana ia diberikan secara automatic kepada:

Penerima BSH/BPR, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam

Cara menyemak sama ada anda layak atau tidak:

 Anda boleh menyemak sama ada layak atau tidak menerusi pautan MySalam yang berikut : https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Semua penerima yang berkelayakan akan mendapat bantuan SKIM ini dan akan dimaklumkan menggunakan sistem SMS bermula 1 Mac 2019 lagi.

Sekiranya anda layak tetapi tidak menerima SMS terbabit, anda boleh menghantar email di info@mysalam.com.my atau hubungi di talian 1-300-888-938

Senarai penyakit yang boleh menuntut RM700 :

Jika anda atau saudara mara anda menghidap penyakit di bawah serta merupakan penerima MySalam, anda boleh buat permohonan untuk menebus bantuan di atas

  • Meningtis Bakteria
  • Alzheimer / Demensia teruk
  • Kanser
  • Pembedahan Otak
  • Koma
  • AIDS gejala penuh
  • Serangan jantung
  • Jangkitan HIV
  • Strok / angin ahmar
  • HIV

Selebihnya sila ke portal MySalam.

Bantuan RM700 mungkin tidak begitu banyak untuk menampung keperluan anda sekeluarga tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban anda.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Info MySalam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here